Tadi pagi pegi bank. pi masuk duit katanya. cam banyak sangat duit kan. ada aa sket. rezeki tuhan. hehe.. macam biasa awal2 tahun ni ASB kalau nak simpan memang ramai giler org. semua pakat nak updated buku tengok bonus ngan dividen dapat baper. maklum aa setengah bulan ASB tutup. dalam sibuk2 updated buku tu ada gak yang datang nak kuar duit ngan masuk duit cam saya ni.
Sampai bank pukul 9.50 pagi. dapat no. 3064. no. sekarang 3014. mak oii.. lagi 50 orang kena tunggu ni. kaunter ASB cam biasa bukak 2 je. pukul baper aa diorang ni datang bank agaknya. saya datang lewat 20 minit je dah ada 50 orang kat bank. oleh kerana no. saya lambat lagi saya pi kuar duit dulu. pastu pi cimb kat belakang masukkan duit. balik bank balik baru lepas 3 orang. adoi. dah lambat dah saya rasa saya jalan tadi. baru lepas 3 org je.
Hajat hati nak balik je. dah aa tak dapat nak duduk. org penuh sampai ada yang berdiri tepi2 pintu. baru bercadang2 nak balik tetiba ada sorang akak tegur. macam2 aa dia tanya. keje mana? org mana? duduk mana? tanya nama bagai. so berborak aa saya ngan akak ni, nama akak ni kak leha. org batupahat. keja kat KDN. siap cakap lagi dia datang tumpang drive pengarah dia. iskk..iskk.. macam2 dia citer. citer anak dia nak kawen aa, citer pasal menantu dia la, citer pasal dia memuda dulu la, citer dia interview keje dedulu aa, cietr dia menipu masa interview hehe.., citer keje anak n menantu dia, citer pasal suami dia la. macam2 la. pendek kata dalam sejam tu abeh semua citer kak leha ni saya tau. hehe.. saya ni kalau org dah nak citer mula aa mengorek. abeh semua saya tanya.
Dalam duk melayan kak leha ni tengok2 jam dah kul 11.00 pagi. baru 3/4 je org lepas. dah sejam ni nunggu. kak leha punya no. 3068. lambat sket pada saya. nak duk memang tak dapat aa. sengal kaki ngan pinggang berdiri. kalau tak sebab kak leha memang dah lama saya balik. tak larat aa nak tunggu. dalam 11.10 ada org bangun. so kak leha duduk. sian dia berdiri lama. macam2 kitaorg borak sambil bergelak ketawa untuk ilangkan boring. dalam kul 11.20 cam tu giliran saya sampai. lepas semua urusan siap saya salam2 ngan kak leha. katanya "selamat berkenalan, semoga jumpa lagi cik pegawai.." haha.. kak leha ni memang sempoi. yang paling best dia teka umur saya 23 or 24 tahun, mudanya aku..huhu..
2 comments:
eija, CIMB bukan ke ada kaunter utk ASB??? aih... kalau aku lah 50 orang..lari sudah. mmm, baru teringat yg ASB aku pun belum update (bukan banyak duit pun ^^) & driving lesen pun dah nak mati... hohohoh!!!
CIMB kat belakang maybank tu kecik je.. CIMB mini..tak der kaunter ASB. driving lesen aku pun mati minggu depan ni. ayoo.. sib baik ko ingatkan. haha..
Post a Comment