Hujan oh hujan.. tak benti2 turun. dengar kat berita awal minggu lepas katanya ujan peringkat kuning di pahang, kelantan n ganu sampai sabtu aritu je. ni dah masuk isnin still camtu. tak benti2. lebat nya tak agak2 plak tu. tak perlah rahmat Allah. adalah hikmahnya tu. jangan banjir sudah. kalau betoi2 banjir pengalaman pertama ni. debor ase bak kata zizang huhu..
Ujan2 ni paling susah bila basuh baju la. payah betoi nak kering. dah pakai spinner pun 2 3 hari baru kering. lagilah perah pakai kederat. dulu kecik2, time2 letrik pakai generator dulu. mana lah nak ada mesin basuh bagai. kain baju basuh pakai tangan je. berus2 pastu bilas. pastu perah. kederat mana lah sangat nak perahkan. setakat perah je lah. pastu bila sidai air titik2 lagi jatuh. kalau ujan mak ai.. 2 minggu belum tentu kering lagi kain tu. paling2 pun air titik2 je dah tak turun. tapi kain still lembab lagi.
Masa tu mak mula buat penyidai dalam umah. silang sana sini tali untuk sidai baju. paku sana sini untuk sangkut baju. akhirnya umah dah jadik cam kedai jual kain baju. sana sini tersidai n tergantung kain baju. agak2 dah kering nak pakai sarung je dari penyidai. tak yah nak lipat2. angkat yang tu ada lagi yang tunggu giliran nak sidai. kalau tak muat sidai je lapis2 huhu..
Kalau ujan tetiba benti n matahari malu2 nak kuar mula lah kami sidai kain baju kat luar. kot2 lah cepat sikit kering kan. tak dapat matahari angin pun cukup. pastu kalau dah sidai kat luar tu kena lah tunggu. dah namanya musim ujan kan. kang tetiba je ujan balik. dalam masa tertunggu2 tu nak solat pun takut. kang ujan sapa lah plak nak angkat kain baju tu. kena lah gilir2. bila ujan berlari semua angkat kain. kenangan sungguh lah hehe..
Tapi baiknya ujan ni duk je bertapa dalam umah. tak kuar2 pun. kalau kuar pun terdesak je. selalu ayah je kuar. kami jangan harap! (w/pun kadang2 terlepas jugak huhu..) baju2 pun tak baper kotor. bleh je pakai sepasang baju tu sehari suntuk. jimat penyidai hehe.. tu pun kadang2 kotor jugak bila kami adik beradik sama anak2 jiran main ujan. syok oh main ujan. pastu main gelongsor2 atas tanah yang licin. pastu ramai2 jatuh. abeh tanah kami kerjakan. dah macam segerombol kerbau lalu je hehe.. tinggal nak tanam padi je lagi. tanah sudah gembur hahaha.. gelak2 pastu siap kena marah ngan ayah sebab gemburkan tanah dia. semua anak jiran bertempiaran balik. kami terus lari kat belakang umah gendang pintu suh mak buka. pastu mandi 3 beradik. wah sungguh nostalgik kenangan ujan :)
No comments:
Post a Comment