Wednesday, February 2

Kuantan - Lipis - Raub - Bangi - Sg Besar - Jerantut

Panjang betoi perjalanan saya minggu lepas. penat giler. mula 27hb pepagi kami (saya ngan my so lan) bertolak ke lipis. masuk tol gambang kuar temerloh. pastu ikut jalan lama ke lipis. lalu jerantut terus ke lipis. tujuan seperti biasa pi menyiasat :)

Siap siasat tempat siasatan kami tuju pejabat kerajaan plak. abeh siasatan kat situ dan dapat dokumen2 yang diperlukan lan bawak jalan2 pusing lipis. teruk betoi kan saya ni. lipis pun tak kenal padahal dah berpuluh tahun duk pahang huhu.. rupanya ada 14 bangunan warisan kat lipis. semuanya nostalgia dolu2.

Ni istana hinggap tuanku sultan

zoo lipis. katanya ada 2 ekor buaya kat sini. datang dari melaka. kami tak masuk. ambek gambar signboard je huhu..

Ni umah bekas SS pahang tahun 1920. korang tau sapa SS pahang time tu? ye Tun Razak ayah Najib. kat sini la Najib PM kita lahir. umah ni dah jadik muzium.

Mesti ramai yang tau sekolah ni. ye ni sekolah dato siti. sekolah clifford lipis.

Ni plak bangunan pejabat daerah dan tanah lipis. cantek kan. cuba tengok tahun dia tu. giler lama kan :)


Lepas jalan2 pusing lipis kami pi jenguk umah hajar kat kechau. kebetulan dia cuti n ada kat umah. so lawat la dia. n kebetulan lan ngan hajar 1 sekolah n 1 poli. kebetulan jugak wife lan org kechau 1 jugak. kebetulan jugak wife lan kawan baik hajar kat kampung. pastu kebetulan plak lan duk 1 umah ngan kawan2 baik hajar kat poli dulu. banyak betoi kebetulan. dan kebetulan paling buatkan saya terkejut.. eh hajar tak kasi citer. korang tunggu je la dari mulut dia sendiri eh. tu pun kalau dia nak citer la hehehe..

Pas antar lan balik umah mak dia saya terus ke raub umah cik kim. sampai dekat kul 9 malam. yelah gi umah hajar dah kul 5.30 ptg. ikutkan tak larat dah. tapi dah cakap nak mai kan. tak sedap plak kalau tak jadik datang. so gigih jugak datang kechau. sampai umah cik kim mandi2 solat semua makan pastu tido.

Esoknya 28hb gerak pi bangi plak sebab 29hb nak gi kenduri kawen my pren kat sg besar. sampai dah kul 5.30 ptg. ambek dee kat opis gi makan terus shot ke jusco. sian org takder kete. duit kepok2 sebab tak soping hahaha.. so saya bawak dia gi soping. eh tapi memang soping betoi2 minah tu sampai 3 helai baju dia beli huhu..

29hb dalam kul 9 pagi gerak pi putrajaya ambek ina kat umah dia. ina, saya ngan wawa si pengantin pompuan classmate masa belajo dulu. dengan tiga2 tak tau jalan kami bantai je. tup2 dah sampai sungai panjang huhu.. kul 12.00 tengahari kami dah tercongok kat umah pengantin. salam2 pengantin terus makan. pas tu kami melangut tunggu pengantin lelaki datang. bila pengantin sampai, klik2 ambek gambar terus balik. penat seh.

Wawa in white

Kami menyibuk belakang pengantin huhu..

Dari taman berkat kami gerak ke parit 10. kampung ayah. sajer jenguk makcik2 kat sana. sampai sana padi dah nak menguning. sonok nya la tengok padi masak. ada aktiviti menarik kami buat kat sana. yang tu nanti lain kali saya citer eh. kang semua nak buh dalam ni panjang plak entry ni.

30hb tengahari kami pulang ke pangkal jalan. sampai umah dalam pukul 6.00 ptg. memula ingat nak kemas barang tapi dah melayan internet semua pun lupa. lastnya tido je. esok lepas antar dee pi opis saya balik ke jerantut. sampai umah kul 1.00 ptg. kul 3 saya kuar plak ngan ayah pi bando. tak reti penat betoi kan huhu..





1 comment:

Cheritera Kami said...

mekasih ye jah sbb sudi dtg...

Lilypie Next Birthday Ticker