Monday, March 21

Cik Doktor

Seorang teman menghantar offline msg di YM. katanya dia suka pada seorang lelaki yang ada 2 personaliti. berkerut dahi saya menafsir. apakah itu 2 personaliti? macam billy milligan yang ada multiple personality disoder kah? kalau macam tu menakutkan lah. eh korang kenal ke si billy ni? siapa penah baca novel aku bukan billie milligan karya norhayati berahim mesti kenal si billy ni :) kalau tak tau korang google je la. mesti korang tau sapa si billy ni :)

So saya balas offline msg tu dengan bertanyakan apakah maksudnya 2 personaliti tu. katanya dia pernah bercerita pada saya sebelum ini. oh! baru ingat. cerita seorang lelaki yang agak lembut tingkahlaku serta pertuturan nya. itu bukan 2 personaliti la cek oi! hailoh..

Oleh kerana dia suruh saya kasi pendapat so saya kasi aa pendapat kat dia. bagi saya semua ni terpulang pada hati dia. kalau dah suka teruskan. pastikan suka, sayang or cinta tu kerana Allah. insyallah akan dipermudahkan hubungan tersebut insyallah. pada saya senang. bila kita berdolak dalih ni sebenarnya kita tak suka betul pun kat dia. just ada rasa. tapi hati tak bleh nak terima. sebab tu jadik berdolak dalih. kalau betul suka apa sekalipun sanggup di harungi. bak kata pepatah lautan api sanggup direnangi katanya w/pun secara logiknya bila nak mulakan renangan dah mati dulu sebab terbakar hahaha..

Saya mana reti kasi pendapat. tapi ingatlah 1 tu. kalau kita suka apa sekalipun kita sanggup hadapi. tapi kalau tak berapa suka, takut pandangan orang la, takut itu, takut ini so hati akan mudah berdolak dalih. lupakan je lah hubungan tu sebab sampai bila2 pun korang tetap akan rasa sangsi dengan pasangan. rasa percaya tu susah nak wujud. wah dah macam pakar cinta saya arini huhu..


sekian dari doktor cinta ;p

3 comments:

al amin ahmad said...

kita bako jer kita bako

crisda79 said...

err.. nak bako apa ni?

al amin ahmad said...

bako lemang nak rayo

Lilypie Next Birthday Ticker