Wednesday, June 20

Random IV

1. Hari ni ada jamuan perpisahan untuk big boss. 25hb ni dia lapor diri kat tempat baru. dia pindah keluar terus dari jabatan n kementerian. perasaan? takder perasaan pun. lagipun dia dah lama kat sini n dia sendiri yang mintak pindah. dah dia kena pindah apa bleh buat kan. kita yang tinggal ni teruskan lah sisa2 perjuangan yang tak selesai2 ni huhu..

2. Patutnya minggu ni balik kampung. sebab minggu depan kononnya kena outstation. tapi outstation tu ditangguhkan plak sebab bigger boss pi obersea tak balik2 lagi. so budjet takder yang nak luluskan. cancel la balik minggu ni sebab plannya memang nak balik minggu depan. semalam tepon mak dia cakap rumah dah siap. terus teruja rasa nak balik kampung dan2 tu jugak. tapi mak kata takper la balik je minggu depan kalau tak bleh balik minggu ni. rumah tu bukan ada kaki pun nak lari2 hahaha.. pandai mak saya buat lawak ;p

3. Semalam tengok CSI. akhirnya watak cathrine ditamatkan. kononnya dalam citer tu dia ditawarkan keje ngan FBI. yelah dah 12 musim dia berlakon citer tu kan. maybe dah boring kot. so babai cathrine willows. harap2 ada buat kemunculan sebagai cameo bebila nanti. lepas ni CSI tinggal sara sidle n morgan je la sebagai bunga. takper. tinggal semua lelaki pun saya tetap tengok CSI :)

4. Hujung minggu ni sorang2 kat umah. housemate tak balik lagi dari melancung bersama family. apa nak buat ek sorang2. nak gi jalan2 dah pokai. maklum la isnin baru gaji hahaha.. oo maybe saya kena habiskan baca buku2 n novel2 yang banyak2 saya beli tapi belum buka2 lagi tu. ada 8 novel, 10 majalah n 1 buku yang tak keluar lagi dari plastik untuk saya baca. mak ai giler banyak. tu pun ada hati duk belek2 novel online lagi tu hihihi..

5.  Esok dah 1 syaaban korang. sebulan je lagi nak puasa. pastu raya yey! eh. ;p tahun ni raya kena ambek cuti lebih la nampaknya. tak nak balik time2 jem. fobia hahaha.. nasib baik la jugak cuti giler berlambak lagi. tah bila nak cuti tah la. takper la tak abeh kita claim je. dapat gak duit hehe..

Oklah tu je. maleh dah nak nulis. tata..

No comments:

Lilypie Next Birthday Ticker