Wednesday, August 18

Dah Nak Raya

Giler maleh mau apdet blog sekarang. lagipun memang tadek citer. lain aa cyn yang sambut anibeseri tetiap bulan tu hehehe.. saya pun bleh gak wish birthday tetiap bulan. jangan kata bulan. hari pun bleh. saya lahir kul 2.45 ptg. so tetiap ari kul 2.45 ptg adalah anibeseri hari lahir saya huhu..

2 minggu lepas pi nilai. beli baju raya la. beli 4 pasang. tak pilih sangat pun. mai rembat je mana yang nampak ok. cam beli ikan kat kedai gayanya. tak tau naper maleh mau pilih beriyer2. may be sebab tak larat mau jalan kot. lagipun saya tengok semua kedai pun jual corak lebih kurang je. ada 2 3 kedai saya masuk ada jumpa corak sama pun. so kita rembat sajer. gambar? tadek. maleh mau ambek gambar. kang dah siap then pakai kalau rajin baru ambek gambar eh :)

Al Fatihah

Semalam mak cik saya (kakak mak saya) dah selamat dikebumikan setelah menderita lebih kurang 5 tahun. mak cik saya meninggal kat PPUM isnin aritu dalam pukul 1.40 ptg dan bawak balik ke jengka petang tu jugak. oleh kerana bulan puasa agak payah nak kebumi waktu malam. so kebumi ari selasa.

Lepas dapat berita dari mak saya bz berfikir. mau balik ke tak sebab ahad malam saya baru sampai putrajaya. lebih sejam pikir akhirnya decide balik jugak. masalah2 lain tolak tepi. lagipun tu lah satu2nya makcik saya. dan saya agak rapat jugak ngan dia. tak kan la saya tak bleh nak beri penghormatan terakhir kat dia kan. Kul 3 pas tepon adik saya balik umah. siap2 semua dalam 3.30 ptg kami gerak terus ke jengka.

Alhamdulilah ramai sedara mara yang datang untuk beri penghormatan terakhir kat makcik saya. abang2 mak saya dedua datang. tapi adik mak yang kat penang tu tak dapat datang. jauh sangat. sepupu2 mak pun ramai yang datang. anak2 dan cucu2 makcik pun alhamdulilah semua ada.

Semoga mak cik saya Aminah bt Ontak dicucuri rahmat dan ditempatkan dikalangan orang2 yang beriman. amin.. al fatihah.

Monday, August 16

Menu Puasa

Semua orang citer pasal menu buka puasa kan. semua pun meriah2. saya setakat 5 hari puasa ni tadek aa meriah mana pun. meriah ngan buah je huhu.. namanya musim buah kan. harus lah buah melambak2. nak ngan tak nak makan je.

Tahun ni cam tahun2 lepas maleh mau pi pasar ramadan. bukan maleh sebab jimat ke apa. maleh sebab payah nak parking :). so ingat mau masak je. beli lauk ngan sayur then masak. kalau tak sedap pun tak bleh nak komplen sebab sendiri masak kan huhu.. kalau beli tak sedap laju je nak komplen kan :)

Masak sendiri haruslah yang senang2 je. takder aa nak yang susah2. masak goreng2 ngan rebus2 je. nak gulai2 roh belum mari. kang dah mari jangan kata gulai. rendang pun saya rajin nak buat huhu..

Kampung Buah

Saya balik kampung lagi. kerap betoi balik kampung. yelah tadek buat apa kan. baik la balik. lagipun mau buka puasa kat kampung. sepatutnya balik sabtu pagi. cam biasa. tapi sebab mak sibuk sangat nak balik pas buka puasa jumaat tu so gigih gak la balik memalam hari. saya cukup tak suka drive malam2 sebab gelap. kata rabun malam. rasalah saya drive 60km/j je huhuhu..

Nasib baik la tak ujan. kalau ujan mau 40km/j je saya drive. giler gelap la malam hari kan. sampai sakit kepala saya sebab paksa mata tengok jalan sebab saya memang tak baper nak nampak kalau drive memalam. dengan silau lampu kete lain lagi. giler betoi la. pasni serik dah aa nak balik memalam.

Kat kampung meriah ngan buah. adik bawak balik durian kampung dari raub. giler sedap! ada langsat jugak. rambutan dah merah kat pokok. manggis pepel kat pokok. haevan betoi la ;p. nasib baik puasa je. kalau tak mau balik kampung tak makan nasik. makan buah je hari2 huhu..

cempedak berbondong2 kat pokok. tengok je pun dah terliur. pasni kenyang makan cempedak goreng plak la. yum!

Friday, August 13

Kelam Kabut

2 hari ni idup agak kelam kabut gara2 makcik masuk spital. petang rabu dapat msg dari sepupu cakap makcik tenat kat PPUM. so lepas buka puasa rabu tu kelam kabut pi PPUM. dengan tak tau jalan n bantai je lepas 1 jam setengah akhirnya sampai jugak. tgk mak cik terlantar kat spital. peru dia kembung penuh air katanya.

Dalam borak2 ngan menantu mak cik sorang2 sepupu datang lawat mak cik. semua terkejut dengar dia dah tenat. akhirnya ramai giler kat wad makcik. dalam sedih2 tu sonok gak sebab jumpa ramai sepupu2 sampai nurse suh jangan lama2 n ramai2 kat katil mak cik. lepas sorang sepupu dari terengganu sampai kami semua berbondong2 balik. sampai umah kul 1. gitu gini kul 2 tido.

Semalam khamis kul 8 dah bertolak pi melaka. ada rakaman percakapan saksi. nasib baik gi naik kete opis. tak dapat bayangkan gi melaka drive sendiri dalam keadaan mengantuk. tengah buat kije kat melaka mak tepon cakap mau datang jenguk makcik kat PPUM. lepas siap keje kat melaka terus balik opis ambek kete then terus balik umah. siap2 terus kuar pi ambek kat mak pekeliling.

Mak sampai kul 5. bulan2 puasa ni jangan harap la tak jem kan. perjalanan setengah jam jadik 2 jam. giler betoi. sakit kaki main gear ngan break. lepas buka puasa kami terus gerak pi PPUM sebab mak mau lawat kakaknya. sampai hospital saya dah pening2 sebab ngantuk giler. yelah malam sebelumnya dah tido kul 2. pastu tak sempat tido dah kuar pi ambek mak. pastu tersangkut 2 jam dalam jem. kepala sangat weng!

Kul 11 gerak balik. sampai dah 11.45 pm. gosok baju. solat terus tido. kul 5 mak kejut sahur. ingatkan ikan puyu yang sedap tu gigih bangun sambil tutup mata n makan. makan laju2 n terus tido balik. kul 6.45am bangun dengan mata tertutup. peliknya saya sampai opis kul 7.29 am. sempat tido setengah jam. sekarang kepala dah ok sket. tak sabo nak kul 12 tengahari. mau balik umah tido. oh! katilku ;p
Lilypie Next Birthday Ticker