Semalam mak cik saya (kakak mak saya) dah selamat dikebumikan setelah menderita lebih kurang 5 tahun. mak cik saya meninggal kat PPUM isnin aritu dalam pukul 1.40 ptg dan bawak balik ke jengka petang tu jugak. oleh kerana bulan puasa agak payah nak kebumi waktu malam. so kebumi ari selasa.
Lepas dapat berita dari mak saya bz berfikir. mau balik ke tak sebab ahad malam saya baru sampai putrajaya. lebih sejam pikir akhirnya decide balik jugak. masalah2 lain tolak tepi. lagipun tu lah satu2nya makcik saya. dan saya agak rapat jugak ngan dia. tak kan la saya tak bleh nak beri penghormatan terakhir kat dia kan. Kul 3 pas tepon adik saya balik umah. siap2 semua dalam 3.30 ptg kami gerak terus ke jengka.
Alhamdulilah ramai sedara mara yang datang untuk beri penghormatan terakhir kat makcik saya. abang2 mak saya dedua datang. tapi adik mak yang kat penang tu tak dapat datang. jauh sangat. sepupu2 mak pun ramai yang datang. anak2 dan cucu2 makcik pun alhamdulilah semua ada.
Semoga mak cik saya Aminah bt Ontak dicucuri rahmat dan ditempatkan dikalangan orang2 yang beriman. amin.. al fatihah.
1 comment:
Al fatihah
Post a Comment