Thursday, November 3

Kucing

Arini semangat nak apdet blog berkobar2 tapi takder citer. so mehlah kita mengarut2 kat sini je. eh aku tak tiru ko tau cyn ;p aku tau ko je suka mengaruts2 kat blog ni hahaha.. ala sekali2 aku mengarut apa salahnya. lagipun ni bukan blog ilmiah pun. lagi satu ni blog saya. suka ati saya la kan huhuhu..

Ok ini mimi. cute kan kucing saya sekarang. makin anggun dan ayu gitu hahaha.. maklum la dah jadik mak kucing w/pun takder anak. kira cam mak kucing berhias gak la huhu.. peberet tempat tido dia adalah celah2 kaki org n berbantal kan anggota badan manusia. tu dia tengah tido berbantalkan peha saya.

Ini plak si gemuks. kucing kat umah sewa kat kontan. tapi nadia n sue panggil dia yaya. so nama penuh dia yaya gemuks la huhu.. dia ni takut2 berani je ngan saya. semalam tah apa anginnya nak dia tido dekat2 ngan saya. siap mengigau2 lagi. dia ni kucing terbuang. bila dia mai umah kami kasi makan semua terus lekat kat umah kami. pepagi kul 7 dah tunggu depan sliding door nak masuk makan. petang balik keje bila dengar bunyi kete dia dah stand by depan sliding nak masuk makan jugak huhu.. oleh itu korang paham la kan naper dia gemuk kan sebab dia kuat giler makan. dah aa makan milih. nak makan yang rangup2 je. biskut yang dah lama boo layan. ngada! nasib aku nak kasi ko makan tau gemuks! kalau tak kebulur la ko ;p

Err.. yang ni bukan kucing ek. ni hosmate2 kesayangan hamba. dari kiri cepat jalan tu sue. tengah nadia n kanan tu ofcos la yours truly ;p muka terkejut sebab tak reti nak snap gambar pakai enpon canggih nadia hahaha..





Wednesday, November 2

Masterchef Malaysia

Dah 2 minggu masterchef malaysia bersiaran. hohoho.. dah macam ayat berita ;p. setakat arini tak penah miss lagi. gigih kan saya. tiap2 ari sabtu sampai rabu kul 9 malam tercongok depan tv menantikan masterchef. masa duk umah minggu first tu mak pun tergoda gak. dengan dia2 sekali tengok 'cerita orang masak' ;p

Ye dia memang tak best cam US or aussie punya tapi bleh la dari takder. saya kan mengutamakan barangan buatan n jenama malaysia. kenalah sapot kan sikit2 pun huhu.. juri2 pun tak kejam cam US punya. lemah lembut je semua. ada la sekali2 tinggi suara. oklah kata nak elemen drama kan. haruslah kena pandai berlakon sket. suka chef riz. suka beramah mesra dengan peserta. pastu tak nampak sangat cam cakap ikut skrip. cakap pun kadang2 terlepas aku kau je. barulah drama! hahaha..

Peserta2 pun tak nampak lagi yang sangat2 mengkagumkan. maybe dah lama2 kang baru nampak kot. sekarang semua ambek jalan selamat je dulu. junior masterchef aussie paling mengkagumkan la. kecik2 dah terer masak bebudak tu. junior masterchef tu top 100 pun dah terer gilo. mana bebudak tu belajo entah. umur 8 9 tahun dah terer camtu. mula masak masa umur 6 bulan kah? ;p





p/s : rancangan realiti malaysia 'wajib' ada elemen nangis2 kan? termasuk masterchef malaysia :)

Thursday, October 27

Random III

1. Giler mengantuk ari ni. adakah sebab bangun awal ambek nadia pagi tadi? tu pun nyaris2 tak bangun. sib baik si nadia call. kalau tak menunggu la jawabnya minah tu kat terminal. saya tido mati semalam. oo maybe sebab sejuk kot. hujan lebat. malam tadi macam tak nak tido je. baring kul 11 lepas CSI mata kebil2 je tak mau tido. masa tengok tv bukan main menguap lagi macam nak koyak mulut ;p.

2. Pagi tadi sampai opis sebelum 7.30 pagi. lepas punch in terus beli nasik lemak. masa gosok gigi pagi tadi perut dah bunyi2 huhu.. malam tadi makan fries je. bukak pintu bilik nampak kotak atas meja. yes! dah dapat charger laptop. bleh la ber'maya' semula malam2 pasni.

3. 5 hari kat umah kejenya ngulit mimi je. w/pun 5 hari kat umah semalam je hujan tapi hari agak mendung. sekali2 je terik tapi tetap sejuk. dah macam kat aussie dah gayanya ;p. eh! lupa nak kasi mimi makan ubat. harap2 dia tak mengawan 2 minggu ni.

4. Sekarang tengah addicted ngan brick games. rasanya semua org kenal mainan ni. dedulu fames amos. sekarang dah banyak games bleh main kat internet kat hp nampaknya macam dah dipinggirkan. aritu ain beli. dia tinggalkan umah so saya main. saya gak ajar ayah ngan mak main. so sekarang semua dah giler nak main. pantang games tu ditinggalkan ada je yang rajin menyambung :) nampaknya kena beli satu gak ni letak kat umah sewa. boring2 bleh main ;p

5. Mak saya dah beli motor! sonok dia. pasni panjanglah langkah :)



Tuesday, October 18

Random II

1. Setelah berkurun lama (eh memang lama tau tapi tak la sampai setahun ;p) baru arini saya dapat makan kfc. yum yum.. tapi kurang kick sebab takder spicy punya. sekarang tengah promo tom yam rupanya. nampak sangat dah lama tak masuk kfc. nampaknya kena makan kfc sekali lagi bila spicy dah kembali nanti huhuhu..

2. Arini gak genap setahun saya keje kat kuantan. kejap je masa berlalu. sapa beranak 18/10 tahun lepas anak dia mesti dah setahun kan. mesti dah pandai jalan kan :). eh tetiba citer pasal anak org plak. setahun kat kuantan sama je cam ari memula saya sampai dulu. still sesat kalau nak gi megamall hahaha.. tapi gi ECM lulus A+ dah ;p

3. Minggu depan saya cuti 3 hari. ok sebenarnya ambek cuti sehari je. isnin 24hb pahang memang cuti. tuanku punya birthday. rabu plak semenanjung cuti deepavali. so selasa yang terapit kita ambek la cuti. cuti banyak2 tu bila lagi nak abehkan ye tak? hehehe.. so dengan rasmi nyer minggu ni balik kg 5 hari wohooo..! dah macam cuti raya gayanyer ;p

4. Ada org baru kat unit angkat saya ni. masuk minggu lepas lagi tapi baru pagi tadi dia tegur saya. eh! sapa bos ni ;p. oklah budak baru tu hasil pertukaran antara SO kat sini. maksudnya yang sini gi sana then direplace (eh ada ke perkataan ni?) dengan org sana. cam tu la. zero pasal strata tapi rajin belajo. bagusss!

5. Charger laptop saya rosak. dah lebih seminggu. hailo! payah betoi mau online sekarang. nak kena online kat opis je. nak beli konon2 nak tunggu claim masuk. tadi lepas masuk kfc masuk kedai pc. adik tu cakap charger dell kena beli online kalau nak yang original. dia ada jual yang second je rm99. hoh! baik beli ori baru rm119. ni tadi dah beli. tapi kompem minggu depan baru dapat. waaaa.. 5 ari kat kg nanti mati kutu la tak bleh online..

6.

ok tu je. bai!



Friday, October 14

Siti

9 ORANG "SITI" YANG PERLU DIJADIKAN CONTOH OLEH WANITA MUSLIMAH KITA HARI INI

1) Siti Khadijah
- Beliau merupakan isteri Rasulullah s.a.w yg melahirkan anak2 Rasulullah, setia dan menyokong Rasulullah walaupun ditentang hebat oleh org2 kafir dan musyrik, menghantarkan makanan kpd Baginda ketika Baginda beribadat di Gua Hira'.

2) Siti Fatimah
- Anak Rasulullah yg tinggi budi pekertinya. Sangat kasih dan setia kpd suaminya Ali karamallahu wajhah walaupun Ali miskin. Tidur berkongsikan 1 bantal dan kdg2 berbantalkan lengan Ali. Rasulullah pernah b'kata aku takkan maafkan kamu wahai Fatimah sehinggalah Ali maafkan kamu.

3) Siti Aishah
- Beliau isteri Rasulullah yg paling romantik. Sanggup berkongsi bekas makanan dan minuman dgn Rasulullah. Di mana Nabi s.a.w minum di situ beliau akan minum menggunakan bekas yg sama.

4) Siti Hajar
- Isteri Nabi Ibrahim yg patuh kpd suami dan suruhan Allah. Sanggup ditinggalkan oleh Nabi Ibrahim atas suruhan Allah demi kebaikan. Berjuang mencari air utk anaknya Nabi Ismail (Pengorbanan seorg ibu mithali).

5) Siti Mariam
- Wanita suci yg mmg pandai menjaga kehormatan diri dan mempunyai maruah yg tinggi sehingga rahimnya dipilih oh Allah s.w.t utk mengandungkan Nabi Isa.

6) Siti Asiah
- Isteri Firaun yg tinggi imannya dan tidak gentar dgn ujian yg dihadapinya drpd Firaun Laknatullah.

7) Siti Aminah
- Wanita mulia yg menjadi ibu kandung Rasullullah. Mendidik baginda menjadi insan mulia.

8) Siti Muti'ah
- Isteri yg patut dicontohi dan dijanjikan Allah syurga untuknya kerana setianya kpd suami, menjaga makan minum, menyediakan tongkat utk dipukul oleh suaminya sekiranya layanannya tidak memuaskan hati, berhias dgn cantik utk tatapan suaminya sahaja.

9 ) Siti Zubaidah
- Wanita kaya dermawan yg menjadi isteri Khalifah Harun Al-Rashid. Sanggup membelanjakan semua hartanya utk membina terusan utk kegunaan org ramai hanya niat kerana Allah s.w.t.

Source :FB

Lilypie Next Birthday Ticker