Wednesday, July 25

Hari Ini Dalam Sejarah

Sejarah apa yang tercipta hari ini? hari ini saya 'terbangun' lewat. ter tau bukan sengaja. tak sedar langsung. jam saya berbunyi tapi entah macam mana saya langsung tidak sedar. mungkin saya terlalu letih semalam. apa yang saya buat semalam? semalam pukul 5 saya dah balik dari office. lepas solat dan salin pakaian saya keluar balik. saya ke office semula. ada lagi kerja-kerja akhir berkenaan seminar yang tidak siap lagi. terpaksa siapkan semalam juga kerana bimbang tidak dapat menyiapkannya hari ini. oleh itu saya bertapa di pejabat sehingga pukul 7.30 malam. hajat di hati hendak keluar makan beramai-ramai tetapi tiba2 saya rasa begitu mengantuk semalam. saya ambil keputusan balik sahaja.

Sampai di rumah selepas mandi terasa segar semula. saya mula membasuh kain. melayan min melalui sms dan dalam masa yang sama saya memasak serta melipat kain. wah! banyak betul kerja saya semalam. mungkin itulah sebabnya saya agak letih semalam. saya terjaga pukul 7.15 pagi tadi. tapi saya masih cool dan masih bermalas-malasan lagi. pukul 7.30 tepat telah menghidupkan enjin kereta. cepatkan. yang saya skip hanya memakai toner. yang lain masih sama dengan seperti hari2 lain. tepat pukul 7.50 pagi saya telah terpacak di office. jika begini saya bolehlah bangun lewat lagi selepas ini.

saya rasa diri saya lain 4 5 hari ini. saya tak banyak bercakap. tak banyak bertanya. selalu nak marah. kenapa saya sendiri tak tau. saya terasa diri saya sentiasa penat dan letih. kadang2 saya rasa bersalah dengan kawan2 saya. saya jarang begini. saya tak suka orang tau masalah saya. biarlah orang tau saya gembira sahaja. tidak perlu tahu kesusahan dan masalah saya. tapi masalahnya sekarang saya tiada masalah. tetapi kenapa saya jadi begini? yang itu yang saya tidak boleh jawab. besar juga masalah ini kan. abaikan lah. 2 3 hari lagi nanti saya ok lah tu.

min muncul lagi dalam hidup saya. masih menantikan jawapan seperti tahun2 lepas. apa lagi yang patut saya katakan padanya. mungkin jawapan kita tiada jodoh lebih baik. sikap dia yang tidak mahu menerima jawapan saya itu selalu membuat saya marah dan perbualan selalu berakhir dengan pertengkaran. tetapi semalam dia terima jawapan itu walaupun katanya agak sedih. saya juga agak terkejut. dan dia katakan dia juga ada rahsia yang mahu dikongsikan dengan saya. apa ya? mungkin telah ada seseorang dihatinya. jika itu ceritanya sayalah orang yang paling gembira di dunia ini. saya rasa bersalah membuatkan dia menunggu tetapi saya tidak pernah minta dia menunggu saya.

2 comments:

siskinny said...

PMS kot...

Mala said...

Jah, sapa Min?Ko ni byk rahsia nooo. Aku harap aku pun ada blog utk meluahkan perasaan. Nantilah bila dah jadi lecturer ada masa kot utk diri sendiri. Betul gak kata wahed, la ni kerja govt pun sibuk yek. Kalau govt bz apatah lg kerja mcm aku. :D

Lilypie Next Birthday Ticker