Monday, July 30

Terluka

Ouch!! bukan jari saya yang luka. sudah terlalu lama jari saya tidak terluka kerana pisau. harapnya tidak akan terluka lagi sampai bila2. tetapi jari saya selalu terluka akibat kertas. aduh! masih terasa ngilunya luka terkena kertas. bukan terluka jari yang ingin saya ceritakan sebenarnya. saya ingin berkongsi cerita berkenaan salah satu lagi organ manusia yang boleh terluka tetapi tidak berdarah seperti jari iaitu hati. hati jika terluka lebih pedih dari terluka jari. rasanya semua orang pernah rasa terluka. bohong kalau ada orang mengatakan yang dia tidak pernah terluka atau membuatkan orang lain terluka. selama ini saya tidak pernah mempedulikan perasaan orang yang terluka. bagi saya jika orang itu terluka itu hal dia. tiada kaitan langsung dengan saya walaupun dia terluka akibat dari perbuatan saya. kejam kan saya. sebab itu agaknya orang menggelarkan saya seorang perempuan yang tiada perasaan.



sehinggalah pada minggu lepas, seseorang mengaku amat terluka dengan perbuatan saya apabila saya menyatakan padanya sangat kecil hati akibat tidak dijemput ke majlis perkahwinannya. katanya jika saya kecil hati akibat perkara itu (tidak dijemput ke majlis perkahwinannya) dia teramat lagi berkecil hati kerana saya menolak lamarannya mentah2 dan tanpa sebab setelah bertahun2 dia menunggu. saat itu baru saya tersedar. saya telah melukakan hatinya. saya rasa amat bersalah lagi2 apabila dia menyatakan dia tidak menjemput saya kerana dia terlalu sayangkan saya. maaf sahajalah yang boleh saya ucapkan padanya. saya sungguh tidak sangka perkara ini boleh terjadi sampai begini. beginilah jadinya jika kita mengambil mudah semua perkara dan langsung tidak mempedulikan hati dan perasaan orang lain.

Seperti saya doakan kawan2 lain saya juga doakan dia bahagia. saya sudah mempunyai seorang lagi anak saudara. saya sudah lupa namanya tapi rasanya aliff al-wafi. pasti secomel ayahnya kerana saya tidak kenal langsung ibunya. Selamat Pengantin Baru Bro.. :)

No comments:

Lilypie Next Birthday Ticker