comot sangat manja dengan aunti (kawan serumah saya). jika aunti ada di rumah dia akan tido di bilik aunti. aunti sayangkan nyer. jika bersama aunti dia tidak takut dengan saya. dia sungguh berlagak dengan saya jika aunti ada di rumah. kadang2 tu geram jugak.
suatu hari saya nampak dia mahu masuk ke rumah saya melalui tingkap dapur. saya nampak dia sudah mahu sampai ke bawah. oleh kerana dengki saya cepat2 sergah dia. kelam kabut dia naik semula. sampai di atas dia keluarkan kepalanya manakala ekornya masih di dalam. kelakar gak tengok. lama juga dia kat situ. saya ingat dia tersangkut kat situ. rupanya dia sengaja berlama2 kat situ carik masa sesuai untuk masuk semula ke rumah saya. hai lah comot!


No comments:
Post a Comment