Dalam seminggu 2 ni macam2 benda terjadi kat kawan2. alhamdulilah saya masih berperasaan dan turut bersedih ngan risau dengan keadaan kawan2. first masa dengar gempa bumi di bumi jepun. my fren ada kat sana. tapi memula tu buat tak tau sebab yang saya tau yang kena gempa bukan sendai tempat my pren tinggal. tetiba malam sabtu cclia call bertanya kan khabar kawan di sendai. eh! apa kaitan? katanya di tv mengatakan di sendai dah 300 org mati akibat gempa bumi. Allah.. Allah.. rasa nak gugur jantung dengar. terus buka fb tengok status. kata hubbynya my pren ada call n cakap dia dengan anaknya selamat. alhamdulilah..
2 3 hari lepas pulak baca status di fb seorang kawan katanya baru keluar wad dan dapat cuti 2 minggu untuk rehat di rumah. saya tau dia mengandung. oleh itu tidak pulak saya bertanyakan apa2. just ingatkan dia masuk wad kerana mabuk mengandung. tadi dia msg dia YM katanya dia di rumah. keguguran! Allahu akbar.. sekali lagi saya terkejut. katanya mungkin terlalu lasak sewaktu mengandung. tak cukup rehat. katanya dia ok dan redha. mungkin bukan rezekinya.
Apa lagi yang boleh saya katakan kepada keduanya kecuali bersabar. tabah menghadapi dugaan yang Allah turunkan. insyallah akan ada hikmah yang lebih manis untuk kalian kelak. untuk teman sudah menjejak bumi malaysia bertabahlah. jauhkan trauma dalam hati. bersyukur dalam keadaan yang amat mengerunkan tersebut dia selamat bahkan selamat pulang ke malaysia. untuk bakal ibu bertabahlah. rehat secukupnya dan insyallah akan ada rezeki yang lebih baik untuk kalian suami isteri kelak. teruskan berusaha! ;p
4 comments:
apa yg terjadi dgn kehendak Allah. kita sebagai hamba hendaklah sentiasa bersabar. moga sahabat tersebut tabah menghadapi dugaan itu.
amin..
eija...
ujian demi ujian akan kita rasai...
mmg kita sebagai makhluk akan sentiasa diuji dgn berbagai2 dugaan...
redha dgn ketentuanNYA... ada pahala dan ganjaran yg menanti...
Harap2 diorg dapat hikmah yang jauh lebih manis. kita sama2 doakan insyallah :)
Post a Comment