Tetiba rasa nak cerita riwayat hidup kat sini. takder aa riwayat sangat. citer zaman dolu2. zaman mudo2 hehe.. lepas darjah 6 saya cakap ngan ayah nak duk asrama. nak jugak.. nak jugak.. tak boleh tidak. tapi bila dapat interview sekolah agama berasrama saya bleh siap cakap ngan seorang kawan "kalau tak dapat pun tak per" hehe.. mungkin masa tu takut kena pakai tudung labuh kot. sebab tu w/pun dapat sekolah asrama tapi bukan sekolah kebangsaan saya takut hehe.. n betoi masin mulut saya. saya tak dapat pun sekolah kat situ.
So ayah daftarkan saya kat sekolah depan sekolah agama tu. sekolah kebangsaan yang saya nak sangat tu. sekolah asrama. so bermula lah hidup sebagai seorang student sekolah berasrama. tak ingat bilik saya memula tu nama apa. tapi saya ingat kedudukannya. katil 2 tingkat. saya sudah semestinya tingkat atas. freshies la katakan. yang duk bawah ni senior2 je :)
Sekolah tu berbukit. kelas tingkatan 1 di bawah bukit. dewan makan, surau, koop semua di bawah bukit. bayangkan baper kali saya turun naik bukit yang ada lebih 50 anak tangga tu tiap2 hari. gi sekolah+sarapan pagi sekali. makan tengahari memang dah ada kat bawah so tak turun naik tangga. siap lunch naik tangga. pastu turun plak untuk minum petang. pastu naik. pastu turun untuk makan malam. pastu naik. huh! letih. menaip pun letih. lagilah masa memanjat tangga tu. tu baru yang wajib2. kalau tak wajib such as ada meeting or persatuan or apa2 tah lagi makin bertambah turun naik tangga tiap2 ari. tapi time tu budak2. apadehal setakat naik turun tangga 50 anak tu. siap lari2 pun bleh naik. pastu selalu turun naik ramai2. tak der aa rasa sangat.
Namanya sekolah asrama. citer2 hantu tu biasa la. macam2 rupa hantu saya dengar citer. setakat dengar je la. alhamdulilah n mintak dijauhkan saya tak nak n tak penah jumpa. ada yang siap citer kalo stay up memalam dengar bunyi anjing merayu2. pastu nampak bayang. nampak hantu tepi katil n macam la. mungkin saya tak nampak or dengar coz saya tak penah stay up kot. hehehe.. saya ni mana main stay up stay up ni. gua rock beb. study time kelas je. time tak kelas tido or borak la hehe.. nasib baik la tak lingkup. apa punya perangai la kan.
Tu pasal hantu. ni pasal sakit plak. dedulu saya pikir gastrik tu bleh berjangkit ke? yelah selalu bebudak ni sakit gastrik. pastukan satu2 tumbang. bila tanya cakap sakit perut gak. pelik betoi. pastu kang dah kumpulkan 1 bilik semua berjangkit sakit perut. pastu tengah2 malam kena gi klinik. nasib baik aa klinik dekat sekangkang kera je. senang nak gi. sampai sekarang saya terpikir. camner kejadian tu boleh berlaku. apa motifnya? naper kalau sorang sakit semua pun sakit? tak paham la.
Masuk tengah tingkatan 2 saya dah gelupur nak tukar sekolah. tak larat makan nasik kawah hari2. dah aa tak sedap plak tu. nak makan masakan mak. pastu dedulu bleh balik sebulan sekali je. saya pun tak paham naper sekolah nak tahan kitaorg dari balik tiap2 minggu or at least 2 minggu sekali. bukan jimat ke kalau lepas kitaorg balik tiap2 minggu. dining tak yah masak. kan jimat tu hehe.. padahal bukan ada aktiviti pun sabtu ahad. satu lagi benda yang saya tak paham.
Citer pasal balik ni lagi best. kami ni kan duk ceruk utan. so masa saya sekolah menengah kampung saya tu takder phone lagi. phone umah maksudnya. so kalau tetiba sekolah takder air ke apa kan so susah la nak balik. majoriti budak kampung saya yang sekolah kat situ balik mak bapak ambek. so kalau tetiba kena balik cam mana mak bapak nak tau. oleh itu kami beramai2 telah berjalan kaki. konon tak nak tunggu mak bapak datang la. kami pun jalan la kaki ramai2. giler jauh. lebih 20km rasanya. tapi sebab jalan kaki ramai2 syiok jugak. saya penah jalan kaki time bulan puasa. hampir separuh jalan gak la berjalan kaki. dalam otakdah set nanti balik umah nak buka puasa. tapi alhamdulilah sampai umah penuh puasa saya aritu. gigih kan :)
Naik tingkatan 3 kelas kat sebelah asrama. best2. gi kelas kul 7.25 pagi pun sempat lagi. tengah2 kelas nak balik asrama pun bleh. rehat balik tido kat katil pun bleh. eh! naper saya tak penah buat eh dulu? hehe.. masa tu dah senior. yelah sekolah tu sampai form 3 je memula dulu. so bila dah naik form 3 dah jadik super senior kat situ. sonok la w/pun saya tak penah buli junior hehe.. masa tu dah ada aa org nak panggil kita kakak. senior katakan.
Abeh PMR saya sekali lagi gelupur nak tukar sekolah. tah naper tah saya suka no tuko sekolah. so masa ambek result PMR ayah terus buat surat tuko kat saya. dia tulis kat tempat sebab pertukaran tu kehendak ibu bapa. saya gelak guling2. bukan sebab ibu bapa nak suh tuko la. saya yang gelupur nak tuko. so saya tuko sekolah tanpa ucapkan selamat tinggal kat kawan2. keji kan saya. nasib baik aa sekarang diorg tak buat2 tak kenal saya. kalau tak mesti nangis coz kawan2 sekolah tak kenal saya dah hehehe..
p/s : panjangnya entry ni. balas dendam ke apa ni huhu..
3 comments:
eija....
mujurlah anak akak takder sorang pun 'menggelupur' nak duduk asrama.... lepas tu menggelupur nak tukar sekolah... mungkin sebab akak pun jenis suka duduk rumah...(suka tidor bawah ketiak mak...)
ko xde rasa mengelupor nk tuko keje ke k ija hehehe....
akak : better aa duk umah. sebab sekali anak dah melangkah keluar dari umah payah dah dia nak balik lelagi bila dah masuk U n berkerja :)
cyn : memula dulu memang. sekarang tak nak dah hehehe..
Post a Comment