Wednesday, August 24

Berbuka Di Padang

Sepanjang minggu ni kitaorg serumah kena beli makanan kat luar. samada makan terus kat luar or beli then bawak balik buka kat umah sebab sink umah tersumbat. so tak bleh masak. ari isnin beli makanan kat bazar indera mahkota. tapi gi ngan nadia je sebab sue buka kat luar. so semalam kami bertiga dapat buka sama. kali ni idea nadia pi bazar tepi masjid n buka kat padang MPK.

So dalam 6.30 ptg kami gerak ke bazar. pusing punya pusing tak tau nak makan apa. dah 7.10 malam baru berlari2 beli makanan. masa saya tengah bayar nasik dah azan. alamak! terus nadia sua air dia suh buka dulu. pastu kami carik tempat atas padang MPK bentang paper then makan. best gak duk makan ramai2 kat padang tu. dah macam berkelah pun yer. macam kenduri kawen pun yer. tapi giler ramai la org.

Saya tak sempat nak ambek gambar sebelum kejadian sebab kocoh2 buka puasa. gambar kat atas ni gambar selepas kejadian. ramai manusia penuh padang tu. masing2 terbongkok2 makan makanan masing2. ada aritu member saya gi masa tu Tuanku Puan Pahang n family pun ada buka sekali kat situ. mesti masa tu lagi meriah. sekali sekala buat kelainan berbuka camtu pun best jugak kan. jom buka reramai kat padang MPK!



2 comments:

Ibu n Abah said...

eija...
akak ada tengok di tv kisah berbuka di padang... memang nampak meriah..
Memang seronok dan meriah...
jika ada buat di sini - dataran putrajaya depan masjid putrajaya pun bagus jugak..kan?

crisda79 said...

memang meriah akak. rasa macam nak pi buka situ lagi je hehe..

bleh kalau nak buat kat putrajaya. buat kat bulatan dekat masjid tu. tapi jauh sket aa dengan bazar ramadan. kat kuantan bazarnya betoi2 tepi padang. beli2 then terus bleh ke padang makan :)

Lilypie Next Birthday Ticker