Wednesday, September 21

Raya Kelab PTGP

Tahun ni saya raya kat kuantan. maksudnya dah dekat setahun saya kat kuantan ni. bila nak panggil saya balik ni? huhuhu.. sambutan raya kelab PTGP tahun dia dibuat pada 9 sept yang lalu bersamaan 11 syawal 1432 hijrah. tahun ni buat sambutan raya sama dengan hari keluarga katanya. so berbondong2 la kita ke sambutan tersebut dengan keluarga.

Majlis buat malam jumaat 9/9 tu. tak nak buat hari sabtu sebab takut ramai yang tak bleh join. maklum org sekarang rajin buat open house ni. kang sepi plak majlis sambutan raya kelab PTGP ni. so decide buat malam. majlis mula kul 8.30 malam. saya ajak 'keluarga' saya kat kuantan ni join sama. yelah saya mana der keluarga lagi. so 'keluarga' rumah sewa tu kira keluarga gak la kan huhu..

Dalam pukul 8 hujan renyai turun. alamak macam mana ni. majlis open air. basah la. kami redah je kat opis. sampai opis masuk je dalam burrrr.. ujan lebat turun hahaha.. selamat semuanya. nasib baik makanan sempat di selamatkan. kalau tak lapo lah jawabnya. bila kata bleh makan je semua serbu. sekelip mata semua abeh maklum suruh makan dah dekat pukul 9 malam. masing2 dah lapo tahap gaban huhu..

Dalam pada tu ada acara kasi duit raya kat bebudak. pengarah ngan isteri dia kasi. pastu patutnya ada acara karaoke tapi selamat. apa nak dikaraokenya ujan. pentas pun basah. band boy pun takder mood nak main dah hehehe.. semua pun makan dalam lobi opis je. last acara cabutan bertuah. sebenarnya semua pun bertuah sebab semua dapat. beza dapat adiah kecik or besar je. sebab ramai sangat saya dah mengantuk giler. dah aa ujan lebat. sejuk. akhirnya cabutan no 87 kena nama saya. dapat hamper cam kat atas ni. dapat je terus cabut balik. ngantuk gilos huhuhu..




3 comments:

syntheare said...

insyallah...xlama lagi balik la sini :D

crisda79 said...

ye ke? mana ko tau? ada angin2 ke? angin2 nak bonus lagi ada dengar? ;p

syntheare said...

hehe....angin tu xde la...tp angin bonus tu tiap2 tahun misti ada dengar punya la....yg xsure dpt ke x miahahaha....xpe la, dpt ok, xdpt pun xpe.. :D

Lilypie Next Birthday Ticker