Monday, October 3

Makanan Pahang

18 Okt nanti genap setahun saya bermastautin di kuantan. saya ni nama je besar kat pahang tapi sebelum ni gi kuantan pun sesat. lagipun pernah gi 2 kali je kot kuantan sebelum ni. sekali masa isi borang yayasan pahang n sekali lagi masa buat assignment. pergi jabatan apa tah ngan cik ju untuk carik maklumat. so mana lah tak sesat larat.

Dah duk kuantan ni tengok ikan patin dah jemu hehe.. jemu je. tapi kalau dah hidang makan tetap makan hehehe.. pastu macam2 makanan saya jumpa kat sini lagi2 bulan raya aritu. antaranya laksa pahang. tak sure naper saya makan laksa pahang ni sebab sebelum ni 5 tahun saya duk johor saya langsung tak pernah try laksa johor. sedap? bleh la. tekak saya still sedap kat laksa penang lagi hehe..

Maybe sebab dia pekat sangat kot. so rasa lekat2 kat tekak. ikut portal MD pekan laksa pahang pakai ikan tenggiri. pastu buh jintan2 semua. ada kerisik. haaa.. dah macam buat rendang tok plak dah bahan2nya. beza rendang tok pakai daging. laksa pahang pakai ikan tenggiri. nak resepi? klik sini.


Ni plak puding raja. yang ni wallahhh! sedap terbaik la. ni makanan diraja pahang. kat pekan memang popular la. masalahnya kat kuantan je saya jumpa puding raja ni. kat jerantut tak pernah jumpa pun. sebenarnya masa memula datang kuantan dulu saya dah 'terpikat' dengan puding raja ni. padahal tengok gambar je. ye dia nampak sangat sedap w/pun tengok gambar je. pastu mula lah bising kat bebudak ni. rupanya niza pandai buat. tapi sampai arini tak buat2 huhuhu..

Yang gambar kat atas tu saya makan masa jamuan meraikan lawatan PTG t'ganu ke PTGP. sedap terbaik. sebelum2 ni penah gak makan sesudu2 camtu. first time makan masa bulan puasa aritu. rupanya ramai yang jual puding raja ni kat bazar ramadan. tapi mahal. semangkuk macam kat atas tu RM5. tapi sedap tak kisah lah. beli je. nak resepi gak ke. ok ambek kat sini. nanti dah buat jangan lupa kasi saya semangkuk ye ;p


*gambar laksa pahang dari portal MD Pekan

3 comments:

Ibu n Abah said...

Eija...
Mmg menyelerakan puding raja...
Nak cuba jugak bila2 ke pahang....

crisda79 said...

meh la datang ke kuantan. tapi jangan makan banyak2 nanti gemuk hehehe..

Unknown said...


Assalamualaikum Tuan/Puan.

Saya mohon maaf pada Tuan/Puan untuk boleh iklan sedikit disini, semoga kebaikan hati Tuan/Puan untuk memberi izin iklan ini, menjadi amal ibadah disisi Allah SWT hendaknya amiin….

Salam dari Kita Holidays Travel & Tour Indonesia.
Kalau Tuan/Puan nak melawat ke Indonesia, jangan risau hati sila hubungi :

KITA HOLIDAYS TRAVEL & TOUR INDONESIA
Tour operator & Travel Agency

Sebuah serikat yang punya legalitas di Indonesia, memberikan pengkhidmatan tour ground handling di beberapa daerah yang favorit untuk di lawati. Kami arrange secara profesional dan dengan penuh rasa kekeluargaan, juga dengan harga tour yang sangat berpatutan sekali seperti ke : Padang dan Bukittinggi Tour, Aceh Tour, Medan Tour, Jakarta dan Bandung Tour, Jogjakarta Tour, Bali Muslim Tour dan sewa kenderaan.

Contact person : Amsyahril
Mobile : +6285263007445 ( WhatsApp )
E-Mail : am_holidays@yahoo.com / kita_holidays@yahoo.com / kitaholidays@yahoo.com.



Lilypie Next Birthday Ticker