Thursday, July 5

Al-Fatihah


Saya agak rapat dengan arwah masa di pahang sebab dia keje direct terus dengan saya. dia banyak bantu dalam hal-hal keje kat opis tu dulu. selalu cerita masalah peribadi dengan saya dan saya selalu cuba menolong setakat yang termampu. tak sangka semalam dalam pukul 4++ petang dapat berita dia telah pergi meninggalkan kita semua. meremang bulu roma masa dapat berita dari ex staff di pahang. arwah meninggal akibat accident masa ambil anak dia balik sekolah. tu memang rutin dia setakat yang saya kenal dia. tengahari balik rumah untuk ambek anak balik sekolah. malang berlaku tengahari semalam apabila arwah accident bersama anaknya. alhamdulilah anaknya selamat tetapi dia lebih disayangi Allah. terbayang2 lagi wajah arwah depan mata saya. paling tak bleh lupa dia yang tolong saya angkat barang-barang saya masa saya dipindahkan ke putrajaya semula dan dia hadiahkan sebuah buku untuk saya last day saya di pahang. katanya dia sedih saya akan pindah. dah takder bos yang boleh tolong backing dia dalam apa-apa masalah di office. masa tu saya hanya mampu senyum.

Al Fatihah untuk Allahyarham Khairul Nizam b. Abdul Karim. semoga rohnya dicucuri rahmat. amin..

Takziah untuk keluarga Allahyarham terutama wife n 3 orang anaknya. semoga tabah dan sabar menghadapi dugaan ini..
Lilypie Next Birthday Ticker