Thursday, August 9

Minggu Ketiga Ramadan

Salam Ramadhan korang. dah masuk 20 puasa baru nak apdet blog hehe.. alasan takder lain memang malas huhu.. alhamdulilah sepanjang 19 hari puasa ni tak penah lagi pi pasar ramadhan. semua masak sendiri. gigih kan kitaorg. ala masak simple2 je. nasik lauk sayur macam biasa. ada la sekali buat nasi jagung ngan ayam kurma n acar. ina plak penah buat nasik ambeng. saya gak penah buat puding triffle ngan kuih jagung kastard. ari minggu aritu kami buat BBQ ayam, kambing, pari ngan sotong. alhamdulilah sedap. tak beli pun makanan kami variasi gak huhu.. jimat pun jimat.

Minggu ni baru sehari buka puasa kat umah. tu pun ada lebih ayam panggang. ina buatkan kuah percik n tuang je kat ayam then masak sayur siap. ari selasa buka ngan qisha n mommynya kat alamanda. ala makan kat food court je. saya makan sizling yee mee je pun. kami keluar dah maghrib pun. so org dah takder. semua dha siap buka. kami je baru nak sibuk2 makan huhu..

Semalam plak wawa ajak buka puasa umah dia kat KL. gigih la saya naik erl gi KL sentral lepas opis. sampai sana ina ambek then terus ke umah wawa. nasib baik dah beli makanan siap2. sampai umah wawa dah pukul 7. biasa la bulan2 puasa ni mana2 jalan semua nak jem. tak paham betoi.  

Sampai sana jumpa la budak lasak ni. ini naufal anak wawa. mak aii lasak no budak ni. bila dukung mengeliat2 dia nak turun. sib baik saya nak ambek gambar dia beri kerjasama. kalau tak tu bergerak je. nak ambek gambar pun susah hehe.. pueh pujuk2 suh tgk kamera. kat umah wawa semalam kami buat stail potluck. beli je. tapi bukan saya yang gi beli. saya makan je. kalau dah namanya beli macam2 ada. murtabak, buah melaka, asam pedas, samosa, kari daging, sambal petai, pajeri nenas, siput sedut lemak, ayam golek, apa tah lagi dah lupa. tapi memang meriah la. lepas makan borak2 jap terus balik. mata dah melekat ngantuk. minggu ni tido tak normal gara2 sukan olimpik. gigih kan hahaha..

No comments: