Thursday, August 27

Agar2 Marble Pulak Dah..

Arini teringin nak makan agar2 plak. ishh.. macam2 selera minah ni kan. hehe.. agar2 bleh buat sendiri ye tak? tak yah nak beli2. tapi masalahnya agar2 yang saya nak makan ni bukan agar2 biasa yang plain tu. saya nak makan agar2 marble. agar2 biasa tu memang aa pejam mata pun bleh buat. senang sangat. kalau cakap tak reti tu maleh namanya. haha..

Ni aa lebih kurang rupa agar2 yang menjadi idaman. saya tau kat pasar ramadan ada jual. tapi saya kan kalau bleh nak elak dari beli makanan kat pasar ramadan tahun ni. so how?

Buat sendiri? bleh nak buat tapi bab2 memukul telur dan mentega hingga kembang tu agak payah sket. maklum bulan puasa. letih ngan ngada lebih. hehe.. umah saya tak der mixer. kalau ada lama dah saya buat. tak der aa meroyan2 kat sini. oklah saya nak kasi resepi yang saya copy dari sini untuk korang. sapa2 rajin buat tu antar2 aa seketul dua kat saya ek. tq. haha.. belum apa2 dah tq gituu..

Bahan-bahan
4 sudu besar tepung kastad
½ cawan susu cair
125 gm mentega
6 gelas air
1 bungkus agar-agar
5 biji telur
1 mangkuk kecil gula
Sedikit serbuk koko

Cara Menyediakan
1. Masak agar-agar dengan 6 gelas air sehingga mendidih. Bila telah hancur masukkan gula.
2. Sementara menunggu gula hancur, boleh bancuhkan bahan-bahan untuk campuran agar-agar. Pukul telur dengan mentega sehingga kembang.
3. Setelah itu masukkan susu cair dan tepung kastad sedikit demi sedikit sambil dikacau hingga sebati. Setelah itu tuangkan adunan ke dalam agar-agar tadi kemudian kacaukan hingga rata.
4. Sesudah sebati dan kelihatan agak pekat bolehlah diangkat dan bahagikan adunan kepada 2 bahagian. Satu adunan dicampurkan dengan koko dan satu lagi tanpa warna.
5. Masukkan ke dalam acuan berselang-seli kemudian sejukkan.

SELAMAT MENCUBA!

Saya Dapat..!!

Selepas meroyan sorang2 kat blog semalam akhirnya saya dapat gak cheese cake!. buka pose semalam makan cheese cake dulu baru makan nasik. haha.. gilo mengidam. sapa beli? saya la. sapa lagi nak belikan. semalam pi beronggeng ngan ira ke alamanda. hajat nak pi bayar credit card. mak oii.. org ramai giler. sampai keluar2 dari bank diorang beratur. so tak jadik ke bank saya ke sebelah bank iaitu secret recipe. tengok kek2 tu semua dah telan2 air liur. memula ambek satu pastu eh2 tambah plak satu lagi. huhu.. dua2 cheese cake yang berlainan perisa. dua2 ada separuh lagi kat umah. ptg ni buka bleh makan lagi. syiok betoi hidup bila keinginan dipenuhi.. ;p

Wednesday, August 26

Orang Kata..

Entah naper 3 hari buka puasa ni masak lauk asyik masin je. rasanya buh cam tak buh je garam. tapi masin gak. pelik betoi. nak tak nak n dah lapo belasah gak la makan. abeh puasa ni bleh kena darah tinggi ni. haha..

Orang tua2 kata masak masin nak kawen ek? banyak aa ko punya nak kawen. hehe.. saya ni memang dari dulu pun masak selalu masin. bak kata saya pada ira yang cakap cam tu dulu,

"aku ni dah selalu no masak masin. tak kawen2 pun.."

hehe.. bohong betoi kata orang tua2 tu. tak bleh pakai. korang buka apa tadi? beli ke masak? saya macam biasa dan seperti cerita di atas saya masak. maleh nak pi pasar ramadan. bersesak2 tu bahaya korang sekarang ni. so baik la avoid untuk keselamatan. mana aa tau kan.

Orang kata.. eh org kata lagi huhu.. memang aa orang kata.. saya sampaikan je tau. orang kata kalau nak kena kat mana pun kena kan. tapi at least kita usaha untuk avoid. kalau nak kena jugak tu takdir. terima je lah. ujian tu. tuhan tak kasi ujian kalau dia tahu kita tak boleh hadapi. at least tak der aa sua tengkok org kata kan. hehe.. orang kata lagi. orang kata mencegah lebih baik dari mengubat. eh.. orang kata lagi plak.. hehe.. ok jangan pening tau.. baca dengan perlahan mesti paham apa saya nak sampaikan.

oklah orang dah azan. nak pi terawih.. tata..

Cheese Cake

Saya bukan peminat cheese cake. tapi penah aa makan cheese cake. tapi sebab dah lama sangat saya rasa saya dah lupa cam ner rasa cheese cake tu. dan lepas2 tu tak der rasa langsung nak makan cheese cake. aritu masa jamuan menyambut ramadan kat opis ada sorang staff wat cheese cake. seperti biasa saya langsung tak der ati nak try apa lagi makan. tapi tercubit sket ira punya. mak oii.. sedap plak rasa cheese cake tu. terus bersuap2 lagi saya makan. hehe.. tak tau aa sebab cheese cake memang sedap ataupun staff yang buat tu memang pandai buat cheese cake yang sedap.

hoho.. orang kata tak kenal maka tak cinta kan. sejak aritu saya terbayang2 cheese cake. gilo betoi. nak pi beli maleh. ira kata cheese cake kat secret recipe sedap. dan2 tu saya gigih google website secret recipe. tengok gambo pun dah telan air liur ni. tak tau aa sebab puasa atau saya mengidam lebih. haha..

gambar dari secret recipe website

25 Hari Lagi

Dah ari kelima puasa kan. tahun ni saya tak der review pasal terawih lagi kan. tetiba arini nak review sket. malam tadi adalah malam kelima kita semua terawih. tapi saya dah tinggal semalam iaitu pada malam kedua sebab saya kat kampung. almaklum kalau kat kampung semua benda jadik maleh. huhu..

Naper tetiba nak review terawih ek arini. sebab semalam terawih kelima saf dah banyak kosong. alahai.. baru ari kelima dah kosong saf. belum ari ke 20 lagi tu. ari pertama memang penuh giler saf. sampai keluar2 jemaah pompuan solat. sampai kena bukak sekolah yang kat belakang tu untuk tampung jemaah pompuan. korang agak2 naper org dah maleh nak pi terawih ek?
Lilypie Next Birthday Ticker