Thursday, December 31

Hari Terakhir 2009

Hari ni dah 31/12 kan. esok tahun baru. bertambah lagi setahun umur kita. lelagi saya yang lahir bulan 1 ni. cepat je bertambah umur. apa yang saya dapat tahun 2009 eh? sama je kot. saya jenis org yang tak berazam time tahun baru. azam untuk berubah bleh jadik bila2 masa je. ikut suka ati saya sebab saya sebenarnya tak suka pada perubahan mendadak, lelagi bukan kehendak sendiri a.k.a terpaksa. kalau perubahan tu jadik bukan kehendak sendiri saya memang tak bleh nak ikut. saya kalau nak berubah kena slow2. kalau kena berubah bukan dengan kehendak sendiri automatik saya akan menyusahkan diri sendiri.

Dulu masa kementerian terpaksa pindah ke putrajaya hati memang tak moh pindah. tapi terpaksa pindah. dan2 tu saya menyusahkan aa diri sendiri selama sebulan. punyalah tak bleh terima duk putrajaya saya sanggup drive dari keramat ke putrajaya tiap2 hari hampir sebulan. padahal umah sewa kat putrajaya ada je. dah bayar pun. barang2 umah pun dah pindah. tuan punya badan je tak pindah2 lagi. hehe.. sanggup bangun kul 6.00 pagi tiap2 hari. kuar umah paling lewat 7.00 pg. sampai opis kul 7.45-8.00 pagi. balik plak sanggup meredah jem dari putrajaya ke kl. penah tersangkut dalam jem sampai rasa nak tinggal je kete then lari je balik kl. hehe.. bengong tak bengong. padahal kalau duk umah sewa kat putrajaya tak sampai 5 minit pun nak pi & balik opis.

Saya yakin korang mesti ada azam masing2kan. apa pun azam korang saya harap kita dapat yang lebih baik dari apa yang kita ada sekarang. saya juga harap tahun 2010 ni lebih baik untuk saya la. baik dari semua segi la. tak kira la amal ibadat ke, kerja ke, kewangan ke, family ke n semua la. secara specifik tak bleh nak cakap sebab saya kan suka2 ati je bleh salin kulit huhu..

Tapi saya niat nak bercuti ke obersea tahun depan. pi mana tak tau la lagi. sebab tahun ni tak pi obersea pun. tahun ni just bercuti ke langkawi ngan family. 2 tahun sebelum tu dah pi bali, singapore n aussie. kali ni kalau ada rezeki lebih ingat nak bawak family bercuti-cutian ke obersea plak. wah niat tak ingat. cam aa kaya kan. huhu.. tak per yang penting niat ada. dari niat tu la kita cuba realisasikan. harap2 jadik la. amin.. dan tahun depan jugak seperti yang telah diwar2kan saya 'terpaksa' beli kete. sebab tuan punya kete kiut tu dah abeh study. so dia mahu pulang ke pangkuan tuannya lah. tak per kita pulangkan je lah dia. harap2 dalam 3 tahun saya jaga dia, dia pueh hati. hahaha.. saya tuan yang baik tau w/pun cuci dia 3 bulan sekali. huhu..

Kata tak der azam tadi. eh! tu bukan azam maa.. satu niat je. niat tak semestinya jadik. niat kena mula dengan insyallah dengan izin Allah. kalau tak der aral terlaksanalah niat tu. satu lagi tu memang wajib. bukan sebab tahun depan ke apa. 3 tahun sebelum ni saya dah tau bila tuan punya kete abeh study kete dia kena pulangkan balik. so saya bersedia je dari 3 tahun lepas. oklah tu je nak tulih. saya tak paham naper saya tak reti nak buat penutup cerita sekarang. so kita akhiri dengan sekian terima kasih. ;p

Wednesday, December 30

Chatting

Status di YM

"lepas 10 tahun dah jemu chatting.."

Banyak betoi respon yang saya dapat. ada cakap ye ke? hehe.. ada cakap saya dah ada boipren. hahaha.. tak agak2 alasan tu. ada gak yang cakap saya makin tua. hmm.. alasan yang tu saya bleh terima kot. sebenarnya? entah! saya pun tak tau naper sebenarnya saya dah jemu chatting. atau mungkin jemu sebulan je kot then sambung balik pas ni. hehe.. seriusly sejak 10 tahun lepas chatting dah jadik sebahagian dari hidup saya. tak lengkap idup kalau tak dapat chatting. dulu2 kat kampung sanggup pakai dail-up semata2 nak chatting.

Saya mula kenal chatting masa saya study kat u lagi dalam tahun 1999. kawan saya linda kenalkan. zaman2 tu tempat chatting paling popular adalah mirc. macam2 nick saya guna. zaman tu bukan pening kepala nak study tapi pening kepala nick apa nak guna masa chatting. hehe.. sepanjang chatting saya penah guna 3 nick je. listriana, dewi^carina n crisda79. siapa yang chatting kat mirc dalam tahun 2000-2003 cam tu mesti penah tengok nick dewi^carina. zaman tu saya memang betoi2 gile chatting sampai kalau bleh nak chatting 24 hour.

Sekarang saya dah tak chatting kat mirc. nak bukak pun dah tak reti kot. dulu hebat tu chatting pakai skrip bagai. semua command2 pun ingat kat kepala je. sekarang hampeh langsung tak tau nak bukak pun. sebenarnya saya dah lama niat nak benti chatting. agaknya dengan niat la yang timbul rasa jemu kot. sekarang ni kalau bleh nak kurangkan semaksimum mungkin berchatting. harap2 satu hari nanti saya bleh benti chatting.

Chatting ni berhantu sebenarnya. kalau dah mula memang payah nak benti. ketagih! tapi sebab chatting la saya menaip laju. dulu masa memula jumpa pc menaip pakai 1 jari je. 5 minit satu perenggan pun belum siap. hehe.. sekarang ni kalau nak suh ambek hansed pun saya bleh. dah agak laju aa menaip. bleh aa keje kat parlimen jadik jurutaip hansed kat dewan rakyat huhu..

Tetiba otak blank. sampai sini je aa citer chatting. kang kalau rajin sambung lagi eh. excited nak pi KL ni.

tata..

Sunday, December 27

Entah

Giler lama tak apdet blog kan. banyak citer sebenarnya tapi giler maleh nak apdet. tak tau naper jadik sangat maleh sebenarnya. saya ni tiap2 ari berlalu dalam bulan 12 ni makin berdebar plak rasa. hitung ari bukan main lagi. tapi tak buat apa2 persediaan pun lagi. takut la. cam ner ni. ada siapa2 nak tolong saya tak?

Tak per la. kalau ada yang nak tolong pun korang tak bleh nak tolong. semua saya kena buat sendiri. bak kata lecturer2 kat ILKAP "keje siapa?" "keje IO.." huhu.. ye 12 ngan 13hb jan ni saya ada bicara kat melaka. dan saya kena kasi keterangan kat mahkamah sebagai saksi terakhir. takut ni. debar2 rasa w/pun belum sampai arinyer. dah aa banyak statment saksi belum rakam semula. serabut perut betoi.

oklah tu je nak citer. makin banyak tulih makin serabut perut. saya online just konsentret menuai kat farmville ngan kasi ikan makan kat fishville je la ni. mood mau menulih tadek. tapi korang jangan caya saya ni. kang tup2 2 3 entry kuar kang. hehe.. saya ni tak bleh mula nulih. kang duk asyik nak nulih je. tapi kaau dah benti nak mula balik giler maleh. huhu..

Monday, December 21

Mak Cakap..

Dulu kecik2 mak selalu cakap kalau makan dalam periuk or besen nanti kawen ari hujan. so kitaorg takut nak makan dalam periuk or besen masa kecik2 dulu sebab takut nanti kawen hari ujan. hehe.. apa motif tah. biar aa kawen hari ujan ke tak kan. bukan kena kawen tengah padang pun. huhu..

Sabtu aritu jiran sebelah umah kawen. majlis menyambut menantu. kawen ngan org banting. hari sabtu tu ujan bagai nak rak. tapi dalam setengah jam benti. pastu hujan balik sampai 6 7 kali cam tu. saya cakap ngan mak,

"mesti o.g makan dalam periuk kan mak. sebab tu dia kawen ari ujan" kata saya serius.

"tak der makan dalam periuknya lah" balas mak.

"dah memang musim hujan pun. sebab tu aa ari ni ujan" sambung mak lagi serius jugak.

Agaknya mak dah lupa apa yang dia cakap kat kitaorg masa dia muda2 dulu kot yang makan dalam periuk kawen ari ujan. hahaha..

Thursday, December 17

Salam Maal Hijrah

Selamat menyambut tahun baru 1431 hijrah.
semoga kita semua di dalam rahmatnya dan amalan semakin baik dan terus meningkat.
amin..
Lilypie Next Birthday Ticker