Hari ni dah 31/12 kan. esok tahun baru. bertambah lagi setahun umur kita. lelagi saya yang lahir bulan 1 ni. cepat je bertambah umur. apa yang saya dapat tahun 2009 eh? sama je kot. saya jenis org yang tak berazam time tahun baru. azam untuk berubah bleh jadik bila2 masa je. ikut suka ati saya sebab saya sebenarnya tak suka pada perubahan mendadak, lelagi bukan kehendak sendiri a.k.a terpaksa. kalau perubahan tu jadik bukan kehendak sendiri saya memang tak bleh nak ikut. saya kalau nak berubah kena slow2. kalau kena berubah bukan dengan kehendak sendiri automatik saya akan menyusahkan diri sendiri.
Dulu masa kementerian terpaksa pindah ke putrajaya hati memang tak moh pindah. tapi terpaksa pindah. dan2 tu saya menyusahkan aa diri sendiri selama sebulan. punyalah tak bleh terima duk putrajaya saya sanggup drive dari keramat ke putrajaya tiap2 hari hampir sebulan. padahal umah sewa kat putrajaya ada je. dah bayar pun. barang2 umah pun dah pindah. tuan punya badan je tak pindah2 lagi. hehe.. sanggup bangun kul 6.00 pagi tiap2 hari. kuar umah paling lewat 7.00 pg. sampai opis kul 7.45-8.00 pagi. balik plak sanggup meredah jem dari putrajaya ke kl. penah tersangkut dalam jem sampai rasa nak tinggal je kete then lari je balik kl. hehe.. bengong tak bengong. padahal kalau duk umah sewa kat putrajaya tak sampai 5 minit pun nak pi & balik opis.
Saya yakin korang mesti ada azam masing2kan. apa pun azam korang saya harap kita dapat yang lebih baik dari apa yang kita ada sekarang. saya juga harap tahun 2010 ni lebih baik untuk saya la. baik dari semua segi la. tak kira la amal ibadat ke, kerja ke, kewangan ke, family ke n semua la. secara specifik tak bleh nak cakap sebab saya kan suka2 ati je bleh salin kulit huhu..
Tapi saya niat nak bercuti ke obersea tahun depan. pi mana tak tau la lagi. sebab tahun ni tak pi obersea pun. tahun ni just bercuti ke langkawi ngan family. 2 tahun sebelum tu dah pi bali, singapore n aussie. kali ni kalau ada rezeki lebih ingat nak bawak family bercuti-cutian ke obersea plak. wah niat tak ingat. cam aa kaya kan. huhu.. tak per yang penting niat ada. dari niat tu la kita cuba realisasikan. harap2 jadik la. amin.. dan tahun depan jugak seperti yang telah diwar2kan saya 'terpaksa' beli kete. sebab tuan punya kete kiut tu dah abeh study. so dia mahu pulang ke pangkuan tuannya lah. tak per kita pulangkan je lah dia. harap2 dalam 3 tahun saya jaga dia, dia pueh hati. hahaha.. saya tuan yang baik tau w/pun cuci dia 3 bulan sekali. huhu..
Kata tak der azam tadi. eh! tu bukan azam maa.. satu niat je. niat tak semestinya jadik. niat kena mula dengan insyallah dengan izin Allah. kalau tak der aral terlaksanalah niat tu. satu lagi tu memang wajib. bukan sebab tahun depan ke apa. 3 tahun sebelum ni saya dah tau bila tuan punya kete abeh study kete dia kena pulangkan balik. so saya bersedia je dari 3 tahun lepas. oklah tu je nak tulih. saya tak paham naper saya tak reti nak buat penutup cerita sekarang. so kita akhiri dengan sekian terima kasih. ;p
No comments:
Post a Comment