Wednesday, August 1

Nasi Briyani Mar'ah

Dua minggu lepas saya ke Johor Bharu untuk satu lawatan tapak. kami bertolak hari jumaat 20.07.2007. Ha! cantik kan tarikh tu. 20072007. bukan berkenaan tarikh tu yang saya mahu ceritakan. saya mahu bercerita berkenaan satu makanan yang menarik iaitu nasik briyani. sebelum sampai ke johor bharu kami singgah ke kulai untuk menikmati nasi briyani istimewa makcik kepada kawan pejabat saya. bagi saya yang agak jarang makan nasi briyani (saya tak suka makan kari sebenarnya) nasik briyani makcik kawan saya itu agak menarik.



tengok tu betapa gambiranya bos saya kerana dapat menikmati nasi briyani. maaf la gambar nasi nya hanya dari jauh. terlupa hendak fokus kepada nasi itu. tapi masih dapat dilihat kan. saya tidak tau apa ramuan untuk membuat nasi briyani ini. kerana ianya bukan makanan kegemaran saya. satu perangai saya, saya tidak akan belajar sesuatu yang tiada kepentingan langsung pada diri saya. contohnya memasak nasik briyani ini. jika dihidangkan saya makan, hendak membeli atau memasaknya sendiri mungkin tidak. hidup dengan bos saya baru saya belajar makan nasi briyani dan kenal kari serta kedai mamak.

emak saya tidak pernah masak kari di rumah. oleh itu kami adik beradik hanya kenal kari apabila sudah hidup merantau (hidup di asrama). itu pun sampai hari ini masih sukar untuk melalui tekak saya ini. pernah satu hari bos saya tanya kepada saya hendak makan di mana. saya hanya mendiamkan diri kerana saya tahu dia akan membawa saya ke restoran mamak. tetapi dia memahami pula lalu berkata kepada isterinya "bila abang tanya halijah nak makan di mana dia senyap saja, itu maksudnya dia tidak mahu makan di kedai mamak" saya hanya gelak. lalu malam itu kami makan di kedai biasa sahaja. selamat saya malam itu.

Mesti terkejutkan lihat gambar di atas. licin! dua pinggan di sebelah kanan saya itu milik jalil. jalil dan bos saya makan 2 pinggan nasi briyani! wah ini memang betul2 sedap namanya. pinggan yang di sebelah kiri itu pinggan saya. jangan terkejut, juga licin. memang betul2 sedap nasi briyani ini. tetapi selepas makan tekak saya menjolok2. itu sudah biasa pada saya jika makan makanan yang berkari serta bersantan. awal2 lagi saya sudah pesan air limau untuk cuci tekak saya. sedapnya pada saya hanya sekejap sahaja. saya sendiri tidak faham kenapa tekak saya susah hendak menerima makanan berkari serta bersantan yang satu ini. bagaimana agaknya kalau saya berkahwin dengan orang yang suka makan makanan berkari serta bersantan nanti? hendak tak nak saya kena biasakan diri. seperti kata isteri bos saya, dia dahulu juga susah hendak menerima kari serta kopi (bos saya saya suka minum kopi) dalam hidupnya. selepas 20 tahun berkahwin dengan bos saya dia telah dapat menerimanya dengan baik. mungkin saya juga begitu nanti. mungkin la..


1 comment:

ud@cit said...

kepada sesiapa yang berminat untuk cuba menikmati keistimewaan nasi beriani tersebut, cari la di KULAI, Johor (TAMAN MAS). nama restoran tu -> MAR'AH NASI BERIANI.
nak tau apa keistimewaan nya? kalo makan kt kedai tu, nasi beriani tu ade lauk tambahan iaitu.... SAMBAL BELACAN. x percaya? cuba la rasa kelainannya (terutama bg mereka yang kalo makan kena ade yang pedas2). x digalakkan datang pas kul 2pm, sbb nasi beriani tu mungkin ada lagi, tp takut2 sambal belacan nya yg dh abis.... selamat mencuba..... ('o,')") (mcm maria tengku sabri plak) huahuahua....

Lilypie Next Birthday Ticker