balik dari berhari raya ari tu abang dah mula sakit2. mula dengan melepek je kat umah. ingatkan rindukan kami sebab tu melepek je kat umah. rupa2nyer dia sakit. akhirnyer dia langsung tak bleh nak bangun. duk asyik terbaring je. nak nasib baik dia masih nak makan. may be sebab mama kasi dia makan vitamin. sebab tu selera makan nyer masih ok. cara dia bernafas agak azab. sangat sakit saya tengok.
akhirnyer mama bawak abang pi klinik. apa yang doktor tu cakap cukup menakutkan kami. ada salur darah abang yang rosak dan paru2 nyer mula dimasuki air dan ada virus. patutlah caranyer bernafas sangat azab. doktor hanya nasihatkan abang dimatikan sahaja kerana jika dia hidup akan menjangkitkan kepada kucing2 lain. mama nangis. saya nasihatkan mama bawa saja abang balik. kalau dia nak mati pun biarlah di depan mata kami dan di rumah. kata mama doktor tu marah sebab mama nak bawak abang balik. saya suh mama berkeras. akhirnyer abang di bawa balik. doktor kasi abang 2 3 jenis ubat.
rutin abang tetiap 12 jam kena makan ubat. ubat tu dapat melawaskan air yang banyak dalam badan abang. tapi doktor tu cakap still tak dapat nak bunuh virus kat dalam paru2 abang. tapi kuasa tuhan sapa bleh lawan. makin hari abang makin sihat. makin kuat makan. akhirnyer abang sihat semula. bebetoi ajaib kan. dari kucing yang sangat sakit beberapa minggu lepas sekarang abang dah sihat. kitaorg sangat seronok tengok abang kembali aktif.alhamdulilah. jahatkan doktor tu. kalau kitaorg ikut nasihat dia dulu mesti abang dah mati sekarang ni. doktor bukan tuhan. satu lagi setiap penyakit tu ada ubatnyer. yang penting kita kena usaha.
No comments:
Post a Comment