Kesian betoi saya pada 'ibu' tersebut. bak kata org. sudahlah jatuh ditimpa tangga pula. seminggu sebelum ni 'ibu' digigit kucing. abeh berdarah2. semuanya salah saya. saya yang gatal tangan pergi kacau kucing itu. mak saya kata kucing itu tengah marah sebab baru lepas bergaduh ngan kucing cu yang besar itu. kononnya mempertahankan kawasannya. saya plak pi kacau. sebab itu 'ibu' digigitnya.
semalam pula 'ibu' terjatuh dan tertindih badan saya. arini 'ibu' bengkak. saya cuba urut 'ibu' semalam. tapi terlalu sakit. akhirnya saya hanya menyapu 'ibu' dengan minyak. apalah malang nasib 'ibu' itu.
tadi saya pergi perjumpaan dengan menteri. semasa masuk dan keluar saya takut berasak2. takut ada org terpijak 'ibu'. kalau betoi ada org terpijak 'ibu' memang saya menjerit tak ingatlah jawabnya.
hari ni saya tak bleh pakai kasut ke tempat kerja kerana IBU JARI KAKI saya sakit dan bengkak. uwaaaaaaaaaaa...
ibu digigit kucing
ibu bengkak terjatuh
No comments:
Post a Comment