Firman Allah S.W.T:
Maksudnya : Dan antara tanda-tanda yang membuktikan kekuasaan-Nya dan rahmat bahawa Dia menciptakan untuk kamu ( wahai kaum lelaki ) isteri-isteri daripada jenis kamu sendiri supaya kamu bersenang hati dan hidup mesra dengannya. Dan menjadikan antara kamu ( suami isteri ) perasaan kasih sayang dan belas kasihan.(Surah ar-Rum: Ayat 21)
Selamat pengantin baru untuk housemateku cik Muhaira dan pasangannya en. Khairul. semoga mahligai yang dibina kekal hingga ke syurga.
**khairul jaga ira baik2
Firman Alllah S.W.T
Maksudnya: …Dan bergaul mesra dengan mereka (isteri) secara baik. Jika kamu bencikan mereka (janganlah kamu terburu-buru menceraikan) kerana kemungkinan kamu bencikan sesuatu sedangkan Allah menyediakannya dengan kebaikan. (Surah an-Nisak : Ayat 19)
**ira jadiklah isteri yang taatkan suami
Firman Allah S.W.T
Maksudnya : ….Perempuan–perempuan solehah ialah taat dan memelihara kehormatan diri ketika suami dengan perlindungan Allah. (Surah an-Nisak : Ayat 34)
No comments:
Post a Comment