Sedang melepak2 sambil tunggu pengantin bersanding. tiba2 terkeluar cerita berkenaan perkahwinan sekufu. seorang teman menyatakan teman lelakinya sekarang hanya ada SPM sedangkan dia ada ijazah. saya katakan padanya saya harap jodoh saya sekurang2nya sama taraf pendidikannya dengan saya. tapi kalau sudah ditakdirkan jodoh saya terima. saya takut lambat laun perkara itu diungkit. lelaki tinggi egonya. kalau pun tidak dia memperkatakannya mungkin keluarga atau saudara mara ataupun teman2 rapatnya memperkatakannya. lambat laun akan keluar juga dari mulut empunya diri selepas diasak2.
ditanya pendapat saya tentang keadaannya itu. saya katakannya saya hanya boleh beri pendapat. pendapat saya semuanya terpulang pada empunya badan. kalau dia rasa dia boleh terima keadaan tersebut dan sanggup menghadapinya elok juga diteruskan. apa yang dia buat sudah terang2 berisiko. jika sanggup menghadapinya boleh diteruskan. yang nak hidup bersama adalah dia. pendapat orang lain hanya boleh dijadikan panduan.
tiba2 seorang teman menyampuk,
"sekufu bukan hanya pada harta tau, taraf pendidikan pun kira kufu juga" saya angguk mengiyakan.
****************
Sekufu didefinisikan oleh para ulama sebagai `al musawah wal muqarab' atau yang bermaksud persamaan atau hampir. yang dimaksudkan dengan persamaan atau hampir ini lebih ditekankan dalam Islam kepada pihak perempuan.
Sekufu bukan sahaja dilihat pada harta benda atau taraf pendidikan sahaja, malah ia boleh dilihat dari segi agama, iffah, keturunan, ketaqwaan kepada Allah s.w.t, akhlak dll.
Perkahwinan kufu' ialah perkahwinan di antara suami dan isteri yang mempunyai persamaan dari segi keadaan hidup. Ianya satu aliran hukum dalam perundangan Islam iaitu aliran al-Syafiyyah, memandang perbezaan taraf hidup sama ada dari segi kekayaan, ilmu, akhlak dan lain-lain mempunyai pengaruh dalam menentukan kehidupan rumahtangga, kerana realiti kehidupan seperti ini tidak boleh diperkecilkan.
No comments:
Post a Comment