Monday, August 2

Balik Kampung Lagi

Baru siap makan. sedap! huhu.. tetiba rasa mau tulis blog. hujung minggu yang baru lepas saya balik kampung lagi. sebab? mak suh balik. oleh kerana tak nak derhaka saya balik la lagi w/pun minggu lepas saya dah balik. aktiviti balik kampung adalah main2 ngan ain huhu..

Sabtu saya sampai ain dah siap2 mau lawat atuk dia kat jengka. so tak dapat aa ajak dia datang umah. dia pi ngan abah ngan mak dia je naik motor. adik2 saya plak pi kenduri kawen kawan masing2. mak ngan ayah pun pi kenduri kawen jugak. saya? duk umah terbongkang tido. ngantuk sebab malam jumaat tu saya tengok the game plan. kul 1 baru masuk tido huhu.. best gak citer tu. so gigih tengok gak sampai abeh w/pun dia sambung pas nightline :)

Pastu sorang2 balik umah. mak ayah balik. pastu adik2 balik. adik2 balik semua duk citer yang selisih ngan abah ain tengah jalan. aiks tak jadik pegi jengka ke? pastu tetiba adik cakap mak ain sakit. so kelam kabut lah kitaorg pi tengok. rupanya sakit kepala. teruk gak. tak lama pastu abah ngan ain sampai. abah cakap dalam perjalanan tetiba mak ain sakit kepala yang amat sangat. so tahan kete org then terus patah balik ke rumah. tak sempat sampai jengka. isk.. iskk.. nasib baik tak jatuh dari motor kan.

Sedar tak sedar lebih kurang seminggu lagi nak puasa kan. ada yang tak abeh ganti puasa lagi ke? sila habiskan dengan segera. kang tak pasal2 ngan bayar ngan beras plak kang huhu.. pas puasa raya. eh baju raya belum beli ni. minggu ni la nak pi belek2 baju raya kat nilai 3. mak suh beli sepasang sorang je. mana bleh.. saya nak beli 5 pasang huhu..

4 comments:

syntheare said...

5 jer? bukan ko penah beli lebih drpd tu ker? mihahahaaa...

crisda79 said...

tahun ni 5 je dulu. bajet tadek. aku penah beli 12 tahun2 lepas hehehe.. rekod tu. tadek org bleh pecah lagi ;p

Cheritera Kami said...

umang ai..5 pasang tu..kau nak bjalan kemana? hehehehe

crisda79 said...

tak jalan pun. duk umah je hahaha..

Lilypie Next Birthday Ticker