Friday, August 13

Kelam Kabut

2 hari ni idup agak kelam kabut gara2 makcik masuk spital. petang rabu dapat msg dari sepupu cakap makcik tenat kat PPUM. so lepas buka puasa rabu tu kelam kabut pi PPUM. dengan tak tau jalan n bantai je lepas 1 jam setengah akhirnya sampai jugak. tgk mak cik terlantar kat spital. peru dia kembung penuh air katanya.

Dalam borak2 ngan menantu mak cik sorang2 sepupu datang lawat mak cik. semua terkejut dengar dia dah tenat. akhirnya ramai giler kat wad makcik. dalam sedih2 tu sonok gak sebab jumpa ramai sepupu2 sampai nurse suh jangan lama2 n ramai2 kat katil mak cik. lepas sorang sepupu dari terengganu sampai kami semua berbondong2 balik. sampai umah kul 1. gitu gini kul 2 tido.

Semalam khamis kul 8 dah bertolak pi melaka. ada rakaman percakapan saksi. nasib baik gi naik kete opis. tak dapat bayangkan gi melaka drive sendiri dalam keadaan mengantuk. tengah buat kije kat melaka mak tepon cakap mau datang jenguk makcik kat PPUM. lepas siap keje kat melaka terus balik opis ambek kete then terus balik umah. siap2 terus kuar pi ambek kat mak pekeliling.

Mak sampai kul 5. bulan2 puasa ni jangan harap la tak jem kan. perjalanan setengah jam jadik 2 jam. giler betoi. sakit kaki main gear ngan break. lepas buka puasa kami terus gerak pi PPUM sebab mak mau lawat kakaknya. sampai hospital saya dah pening2 sebab ngantuk giler. yelah malam sebelumnya dah tido kul 2. pastu tak sempat tido dah kuar pi ambek mak. pastu tersangkut 2 jam dalam jem. kepala sangat weng!

Kul 11 gerak balik. sampai dah 11.45 pm. gosok baju. solat terus tido. kul 5 mak kejut sahur. ingatkan ikan puyu yang sedap tu gigih bangun sambil tutup mata n makan. makan laju2 n terus tido balik. kul 6.45am bangun dengan mata tertutup. peliknya saya sampai opis kul 7.29 am. sempat tido setengah jam. sekarang kepala dah ok sket. tak sabo nak kul 12 tengahari. mau balik umah tido. oh! katilku ;p

2 comments:

Cheritera Kami said...

alamakkkk..sedapnya jahhh..ikan puyuuu...

crisda79 said...

sodap gilo lah. lelagi kalau yang mak tu mak sendiri hehe..

Lilypie Next Birthday Ticker