Raya tahun ni macam tak raya. demam dan sakit kepala tak baik2. masin betoi mulut cakap saya akan demam sebulan. dan memang genap2 sebulan je terus baik alhamdulilah. saya mula demam 10 puasa aritu. semalam 10 syawal still demam2. tapi bangun pagi tadi alhamdulilah kepala ringan. rasa semangat je nak gi kije :)
Dah 11 raya kan. baru nak citer pasal raya. punyalah gigih bawak laptop ngan broadband balik umah semua. bukak kejap2 je sakit kepala baring terus terbiar huhu.. saya mula cuti raya 8hb. balik pagi tu lah. tapi lewat. dah kul 10 baru gerak sebab gatal pi jalan2 kat jalan TAR malam tu. kul 2 baru balik umah. dengan demamnya memang tak larat. ikut nasihat jalil saya balik lewat sket pagi tu. katanya saya sibuk sangat nak balik lepas subuh. cam lah tak der masa lain nak balik huhu..
Khamis barulah sibuk2 buat persiapan raya. cam biasa rumah kami akan hidang lemang ngan rendang pagi raya. tahun ni ayah buat 4 batang je. mak cakap pulut tak cukup. nak beli lagi kata tak payah pulak sebab nanti tak abeh. yelah tak abeh. pagi raya je dah abeh lemang2 tu semua. rendang plak buat 3 ekor ayam ngan sekilo daging. kuih? seperti biasa kuih tunjuk2 je. oleh kerana saya dikategorikan dengan sakit so kejap2 je saya jenguk dapur. tu pun mak sibuk suh saya baring huhu..
Pagi raya mak, ayah ngan adik gi solat raya. kami dua beradik (adik no 2) konon2 kemas umah, hidang semua la. adik kata kami kena buat sungguh2 nanti mak balik tak bebel. dah aa tak gi solat raya. keje kat umah pun tak buat huhu.. tengah kemas2 umah dah ada bebudak kasi salam nak raya. adik siap sound suh datang jap lagi "kakak belum mandi pun lagi" katanya hahaha..
Lepas mak ngan adik balik solat raya orang mula datang. jiran2 lah yang ramai. diorg memang suka datang umah kami. garang2 mak saya pun dah besar2 ni semua rapat ngan mak saya. sebab tu kalau ada menantu2 jiran yang berat mulut ngan mak saya dia bising2. sebab anak2 jiran semua ringan mulut ngan mak saya :)
Pas jiran datang plak rombongan blok. saya tak tau baper org yang mai sebab bz basuh pinggan ngan cawan kat dapur. baru rombongan angkat punggung anak sedara mak plak datang sefamily. riuh rumah. lepas diorg balik ada lagi jiran2 yang mai. sampai tengahari tu memang tak kering tangan basuh tangan huhu..
Bila lengang sket kami ambek peluang bergambar. gambar main2 je. lepas antar org kat pintu kami tetiba posing kat depan umah huhu..
Cik imah ngan ain jannah. org suh tunjuk gigi sebab selalu bergambar masam je. dah tunjuk gigi mata plak tutup hahaha..
Kata baju sama. harus bergambar bersama. saya ngan cik imah. tak sama pun sebenarnya. lebih kurang je. kain pun jenis lain. tapi cam sama kan :)
Saya? tahun ni raya sebuah rumah je. hehe.. oklah tu. saya memang bukan kaki jalan. org kenduri kat kampung pun payah nak gi. biar nanti saya kawen tak der org mai huhu.. tapi sebuah rumah pun saya jumpa 8 org kawan ngan family diorg lagi. oklah tu. oklah ptg raya pertama saya gi reunion sekolah rendah saya dulu. yang tu nanti next entry eh. tata..
2 comments:
ai lijah..selamat hari raya..nampak cam berisi jeee badan lijah...bahagia keee?
selamat hari raya min. maaf zahir batin :). tu pun dah susut sket. lama sangat demam :)
Post a Comment