Sebagai orang baru di opis ni saya mana lah kenal orang sangat kan. yang kenal pun bos strata. yang lain tu tak kenal. tapi masa dikenalkan memula lapor diri aritu ada aa salam2 ngan bebudak ni. dah namanya salam je kan. mana lah nak timbul gambar muka diorg kat otak ni. so kita konsider je lah tak kenal.
Tapi tak kenal pun ada je yang rajin negur. tadi masa pi toilet ada kakak ni tegur
"baper ari dah kat sini?"
"dah 3 hari" saya jawab sambil senyum.
Sambil tu duk pikir. sapa aa kakak ni. oleh kerana dia tanya camtu so kompem lah dia tau saya baru kat sini. pueh aa otak ni pikir sapa lah kakak tu. kat mana saya or dia kenal? tapi sebab dia pakai tudung labuh otak bleh pikir sket. kat taskforce ni takder kakak2 n takder jugak org pakai tudung labuh. so bukan org taskforce. kat strata pun tak der kakak2. alamak kat mana kakak ni kenal saya? pastu baru teringat yang strata sebelah ngan audit. maybe kakak ni kakak audit. masa pi beli makanan tadi saya jenguk kat strata. ya betoi! kakak tu ada kat situ. ok kompem kakak audit hehe..
Saya beli lunch dah lebih kul 2 tadi. kul 1 saya bantai tido. giler ngantuk. sini tak macam tempat lama. kalau tempat lama nak turun pi cafe kul 2 pun takut. sini saya turun kul 2 ramai lagi kat bawah. tengah2 ambek makanan,
"makan tu je cik?" sorang pompuan tanya sambil senyum lebar kat saya.
"a'ah tapi nak tambah ni sket" saya jawab sambil tangan tunjuk kat kopok lekor.
Sudah.. sapa plak la minah ni. siap panggil saya cik lagi. mesti dia kenal saya. kalau tak, tak kan dia tegur saya n panggil saya cik. saya teringat masa turun lift nak beli makanan tadi saya terserempak ngan 4 5 org bebudak PT taskforce. baru balik beli makanan jugak kot. so ati buat kesimpulan dengan kompidennya ni mesti budak taskforce ni. then saya tanya lagi,
"sorang je ke?"
"tak la, saya ngan EO tu.." sambil tangan tunjukkan kat sorang lagi pompuan n tambah "kami beli bungkus je" dia jawab lagi sambil senyum lebar.
Haa..! EO. kompem bukan budak taskforce sebab kat taskforce takder EO. kalau ada EO yang kenal saya budak2 strata je. balik kebetulan 1 lift. kompem bebudak strata sebab dia masuk kat pintu strata hahaha.. payah jadik org glamer ni. ada je yang tegur. nak cakap tak kenal kang takut org kecik ati plak hehe.. nak tak nak layankan je lah :)
2 comments:
org baru mmg le glamer..hehehehe..mcm zaman sek dl la..if ada bdk br masuk..smua mau kenal kan...
haha.. lelagi pompuan. semua laki pun nak usha hehehe.. sib baik aku kat sini bos. kalau tak mesti dah kena usha hahaha.. pasan sungguh ;p
Post a Comment