10hb aritu berkelana ke melaka. tak sangka sampai jugak saya ke melaka berpandukan signboard je. alhamdulilah sama masa dengan dalam google map. kira tak sesat aa tu kan :). bertolak pepagi kul 8.30. bajet mesti sampai paling lewat kul 1 ptg. kalau ikut google map 4 jam 3 minit dah sampai. takut kot2 tersesat ke kan so kita kira kul 1 sampai. alhamdulilah kul 12.30 saya dah nampak zoo melaka hehehe.. ilang rasa risau kat ati. yelah.. tah mana2 lah saya sesat kot. nasib baik sampai jugak.
Oleh kerana dah kul 12.30 tghari laju je kete terus pi jusco. kalau gi pun time tu alang2 sangat. lagi setengah jam nak rehat kan. alang2 gi lepas rehat je lah. kata dah gaji kan. haruslah berjalan2 di tempat yang boleh sopink. kuar dari jusco kul 1.45 ptg. saya dapat sepasang sandal, sebijik mug ngan hanger hehe.. hajat ati nak carik handbeg. ada yang cantek tapi keraskan ati dulu. tunggu duit claim kang baru beli. eh tapi duit claim mau tinted kete. hmm.. tunggu claim2 lain lah. tu pun kalo ada.
Kul 2.15 ptg saya dah sampai depan PTGM. buat keje kasi siap semua, susun2, fotostat2 kasi kat EO terus nak pi makan ngan nuar. haa.. nuar dah keje kat strata la ni. fiza tarik. sib baik bos dia kasi. sekarang kalau pi strata PTGM senang nak jumpa nuar. tak yah nak pi pendaftaran lagi :) sebelum makan EO ajak gi jumpa pengarah. katanya pengarah nak sangat jumpa saya. wah tetiba rasa saya plak pengarah ;p. jumpa cakap lebih kurang kami turun. pengarah baru melaka cute lah hahaha.. baik plak tu. bleh aa jumpa banyak kali pasni ;p
Dah pukul 3 masa gi makan ngan nuar tu. kami makan kat RnR kat tepi masjid. banyak makanan dah abeh. maklum dah kul 3. so kami makan kue tiaw goreng kerang. memang banyak kerang. setiap suapan kadang2 masuk 2 ekor kerang hehe.. seperti biasa makan harus disulami dengan sesi ngumpat2 sket, puji2 sket, keji2 sket hehe.. kul 4 lebih gak kami balik. saya tinggal nuar tepi pagar then terus pi alor gajah.
Nak pi umah kak ita. kawan zaman2 sekolah dulu. last jumpa lebih 10 tahun lepas kot. TQ fb sebab temukan kitaorg balik hehe.. tapi kalau tak sebab fb pun bleh je nak carik. bukan tak tau umah dia pun. dasar pemaleh hehe.. lepas tepon then dia kasi direction pi umah dia. sib baik saya dah biasa lalu kat jalan nak pi umah dia tu. dengan jayanya dapat jumpa taman umah dia. dia ambek then bawak ke rumah dia. jumpa anak2 dia, husband dia. then saya tumpang solat. pastu cam biasa sesi borak2 sampailah ke pukul 7.30 malam.
Kak ita ajak saya tido umah dia tapi saya dah cakap kat mak angkat saya mau tido umah dia. tak sedap plak nak kansel. kang jadik anak derhaka plak. dah aa datang menjenguk jarang sekali huhu.. cam biasa org rabun ayam cam saya malam2 terus sesat. padahal baru je datang sri tanjung aritu. simpang depan mata pun tak nampak. 4 5 kali lalu tempat yang sama baru jumpa pintu gerbang sri tanjung.
Sampai umah kete tadek. kasi salam senyap je. saya agak mesti tadek kat umah. so tunggu kat luar jap. dalam 10 minit mak angkat balik dari surau. terus masuk then borak2. dalam setengah jam kak ngan abg balik dari sopink. sambung borak sambil makan malam. kul 10 saya mandi then terus tido. esok balik. huarghhh.. penat seh!
No comments:
Post a Comment