Wednesday, December 1

Mimi

Ini mimi. eh ada ke tak kenal mimi? hehe.. dia dah jadik orang kampung sekarang. dah tak jadik org bandar dah. dah dekat 2 bulan dia duk kampung. alhamdulilah dia ok je duk kampung. saya tengok dia lagi kampung pada kucing2 kampung lain. dia lagi pandai tangkap tikus. dia lagi pandai manjat. kucing ayah saya tu pemalas. pandai mintak makan je. nak riki camner nak masuk umah pun malas. sudahnya duduk je lah depan pintu mengiau2 mintak makan je tiap2 ari huhu..

Mimi rajin riki. so dia dah pandai manjat n masuk umah w/pun pintu umah tutup masa malam. feberet mimi sekarang lepak2 kat atas bumbung umah ayah saya. wah mentang2 pandai manjat sedap je dia lepak2 atas bumbung umah ayah saya. kalau dia boring2 saya tengok dia mesti panjat almari pastu terus ke alang umah pastu terus nyusup ke bumbung umah ayah saya. pastu lama da lepak situ. mak kata dia rajin sebab dia betina. ye org pompuan memang rajin hahaha..

Aritu masa saya 1 family balik kampung 3 hari 2 malam mimi terpaksa tinggal sorang2 kat umah. saya tak risau sangat sebab dia pandai masuk umah ikut bumbung. so tinggalkan makanan dia dalam umah selonggok nanti dia lapar dia masuk. kucing ayah tak reti manjat lapo aa 3 hari 2 malam huhu.. kat kampung mimi tido ngan ayah saya. tapi tak sekatil la. sebilik je. katil asing2. tapi kadang2 ayah cakap kalau dia lapo dia tido kat kaki ayah sambil bunyi2 huhu.. dah bukak pintu pun tak nak kuar. nak jugak org teman dia makan.

Sekarang mimi dah ngandung. terkejutkan. itulah saya terlupa nak kasi dia makan ubat. perut dia dah boyot2. mak cakap sebulan lagi dia beranak aa tu. sebulan lagi maksudnya akhir bulan 12 aa kan. so tiap2 ari saya bisik ngan mimi supaya beranak 1hb 1 2011 hahaha.. saya gak bisik suh dia beranak 2 ekor je ;p. ayah cakap nak buatkan mimi rumah bila dia beranak nanti. memula dulu saya marah dia ngandung. sekarang excited mau tengok mimi ada anak. cyn.. aku pun nak dapat cucu jugak.. hahahaha...

3 comments:

syntheare said...

huishh...mimi pregnant dah. Selamat la ko dpt cucu...besarnya mimi sejak 2 menjak ni. Badan dh jadik panjang mcm jantan...ni betol2 kucing kampung ni.

crisda79 said...

tu la. punya la sekat2 dia mengandung. mengandung jugak akhirnya. aku cakap kat mak aku sapa nak jaga anak dia. mak aku cakap dia la jaga. anak dia. buat apa nak sibuknya. pandai aa dia jaga sendiri hehehe..

Ibu n Abah said...

eija..
samalah macam kucing kami si baby ching kat rumah ni... baru bulan ogos ari tu beranak.. tapi semua mati...
dua hari lepas beranak lagi... kali ini 6 ekor....
nampak macam budak jer lagi.. tapi dah dua kali beranak...

Lilypie Next Birthday Ticker