Sunday, May 1

Tak Tau

Bosan aa plak duk kat umah ni. tak tau nak buat apa. ain pun takder nak sakat2. kalau ada bleh gak buat sakat2 huhu.. mak bz menjahit. katanya bulan 5 last jahit. bulan 6 dah tak nak ambek tempahan dah. yelah tu huhu.. bukan mak jenis sian ngan org ke? nanti org rayu2 sket terus cair. pastu ambek gak tempahan huhu..

Arini ari pekerja. as a pekerja saya kena cuti arini. tapi kalau cuti duk je tak buat apa bosan aa plak. nak tengok tv takder citer best. keje umah semua dah beres. mungkin kena tido kot pasni. qada' tido2 yang terganggu 3 minggu kebelakangan ni. dalam 3 minggu ni malam tadi baru rasa nikmat tido sebenar sebab bila bangun pagi rasa fresh je. tak der pun ngantuk. pas solat subuh bleh masak sarapan bagai. tu baru tido yang berkualiti sebab bila bangun tak rasa dah ngantuk.

Esok cuti lagi sehari. tapi esok ada tetamu nak mai. so esok mungkin bz sket la. harap2 masih dapat tido berkualiti malam esok sebab pagi2 lusa pukul 5 pagi nak kena bangun dah. nak kena bertolak ke putrajaya. ada mini lab plak kat sana pagi sampai petang. bertolak balik ke kuantan malam n rabu pagi gerak plak ke cameron highlands sampai khamis petang. jumaat kena paksa diri masuk opis sebab claim tak siap. mungkin masuk untuk siapkan claim pastu terus gerak ke kampung kot sebab letih. malam khamis tu tah pukul baper sampai agaknya.

Harap2 minggu depan takder keluar lagi. kasi aa cuti sebulan dari keluar. pastu nak keluar lagi sebulan pun ok hehe.. oklah saya mau jadik mandur kat belakang jap. 'abang mozek' sudah memulakan keje. lepas tu mau baca novel2 yang dihangkut dari pesta buku jumaat aritu. gigih saya ngan fiza gi pesta buku. nasib baik jalan tak jem. dapat aa 4 5 rembatan. oklah tu. tahun depan serbu lagi :)



2 comments:

fz@ said...

sgt puas hati g pesta buku wlupun skt kaki..hihi

crisda79 said...

hehehe.. patutnya lama lagi aritu. tapi aku duk risau2 laptop dalam kete. nak bawak maleh. alhamdulilah tak der apa2 hehehe..

Lilypie Next Birthday Ticker