Tuesday, August 2

Puasa n Anak Kucing

Salam ramadhan. alhamdulilah dah masuk hari kedua puasa arini. dah selamat penuh sehari puasa semalam n dah sempurna 2 malam terawih. harap2 tak hangat2 taik ayam la huhu.. hai uolls.. lama kan tak apdet blog. seminggu 1 entry je keluar sekarang. memang maleh nak apdet blog sekarang. lagi2 tgk org lain pun ala2 hilang password je semua so lagi la mood mau apdet blog tak datang huhu..

Tahun ni puasa kat kuantan rupanya saya. tak kisah la puasa kat mana2 kan. janji puasa. nampak gayanya raya pun kat kuantan la nampaknya. harap2 dapat makan puding raja taun ni. puding raja tu makan tradisi org pekan. first time tgk macam teringin nak makan. niza kata dia pandai buat. nanti raya bleh aa suh dia buat. bleh rasa. korang nak tgk rupa royal puding ni google ek. saya maleh nak tempek gambo makanan bebulan pose ni. kang terliur ;p.

Pagi tadi hosmate mintak tolong saya ambek dia kat terminal bas. dia baru balik dari kampung. dalam mamai2 kul 4.30 pagi saya keluar umah nampak satu kotak antara kete kat dalam pagar umah kitaorg. terdetik dalam ati apa ke plak dalam kotak tu. balik terawih malam tadi tak nampak plak kotak tu. mula la ati cakap bukan2. paling best bleh rasa ada org letak bom hahaha.. bahana tengok CSI semalam la. oh! tetiba sedih bila sebut CSI.. jesse cordoza dah mati uwaaaa.. sian walter dah tadek kawan mau main basket ball huuuuuu.. eh tak paham ke? lain kali tgk CSI ek huhu..

Berbalik pada kotak tu. tapi berani plak nak jenguk kat dalam kotak tu. jeng jeng jeng.. tau apa ada dalam kotak tu. 2 EKOR ANAK KUCING!!. sapa lah yang dajal sangat ni. pi buang anak kucing kat dalam pagar umah org. dalam pagar ok bukan tepi gate. jahatnya lah org tu. 2 kemungkinan je naper org tu kompiden buang anak kucing tu dalam pagar umah kitaorg. satu dia tau kitaorg bela kucing. then mesti kitaorg suka kucing kan. suka ati.. dua pagar umah kitaorg terbukak. org lain semua tutup pagar.

Tapi tak baik la. anak kucing tu jalan pun tak betoi lagi. baru 2 minggu camtu kot umurnya. macam mana dia nak makan. tak cerai susu pun lagi agaknya tu. perikemanusiaan aa sket kot yer pun nak buang anak kucing. kasi dia cerai susu dulu. tak sian kat anak sian kat ibu kucing tu. buatnya kitaorg tak pasan kitaorg terlanggar ke kan. saya tak marah dia buang kat depan umah saya. tapi marah cara diorg buang. lain aa kalau buang kucing beso. bodoh punya org. eh! tak baik cakap org bodoh. kurang cerdik punya org!! ;p


6 comments:

kama said...

damn. aku tak sempat tgk csi. jesse mati ke? aiyoyo

crisda79 said...

a'ah isnin aritu kan miami season baru. kan season last tu diorg semua jatuh dalam lab. jesse mati sebab terhidu gas halon n kepala terantuk kat meja. sob.. sob.. sedih..

Cheritera Kami said...

aku tgk..lasy skali smua duk main basket ball

crisda79 said...

ya betoi.. hehe.. H buat balingan akhir for jesse :)

Ibu n Abah said...

salam ija...
lama tak tinggal jejak...
apa kabar?
selamat berpuasa...
akak ada anak kucing sampai 8 ekor.. nak buang sayang... lama-lama belalah semua tu...

crisda79 said...

salam ramadhan kat akak sekeluarga jugak.
alhamdulilah masih sihat :).
itulah selalu tengok akak apdet pasal kucing.
sonok bela kucing ni.
kalau takder kawan bleh ajak dia lawan berborak hehehe..

Lilypie Next Birthday Ticker