Monday, March 17

PRU 12

Ehem..

Baru arini ada mood nak menulis. tu pun lepas adik bertanya bila nak update blog pasal PRU. nak tengok gambar2 PRU di kawasan rumah saya katanya. orang dah abeh citer pasal PRU saya baru nak mula. tapi kehangatannya masih terasa tau sampai arini. bila nak sejuk pun tah la. makin hangat plak rasanya. oppss..tett..!! haha..

kat bawah ni beberapa gambar waktu kempen pilihanraya di hadapan rumah saya. sangat banyak poster kerana jalan di hadapan rumah saya adalah jalan utama ke tempat pengundian. dari rumah saya 3 minit je dah sampai pusat pengundian. tapi kali ni saya rasa posternya kurang lah. tahun 2004 lagi meriah. sampai tak nampak dah jalan kat depan umah saya tu.

Silalah menjamu mata yerr..









Rumah Saya Di Sebalik Poster PRU 12

Thursday, March 13

. (titik)

Lepas cuti seminggu tak der mood nak keje.

update blog pun maleh.

tunggu aa saya ada mood saya updated k

banyak cite ni..

Daaaaa..

Tuesday, March 4

Serabut Perut

Suatu ketika memandu kereta adik. sudah sangat biasa dengan kereta tu sebab saya selalu memandunya. satu hari pulang ke kampung dengan seorang teman minyak pula habis. so mahu mengisi tangki. masuk ke stesen minyak. tetiba teman bersuara,

"tangki ko belah kanan lah"

"eh yeke? eh kiri lah..kete aku..aku tau la"

oleh kerana terkejut dan kelam kabut saya sudah berpusing2 di stesen minyak itu. akhirnya saya berhenti di belah kiri. saya jenguk ke cermin sisi.

"kan betul tangki aku belah kiri" balas saya lagi.

"a'ah betul lah" kata teman. "kalau tak mesti orang tu cakap kete ni kete pinjam" tambahnya.

oleh kerana kelam kabut masih tidak ilang ketika mahu membuka tangki saya terkial2 mencari buttonnya. tetiba2 saya terbuka bonet! secara automatiknya teman terus bersuara,

"hah! memang betul lah ko bawak kete pinjam, button bonet ngan tangki pun tak tau yang mana satu" tambah teman sambil ketawa.

chait!

Sentosa

Tadi pagi dalam pukul 9 pagi saya pergi ke hulu selangor membetulkan sedikit laporan polis. pergi dengan 3 SO. abeh semua nak ikut so saya ajak semua. pergi ke satu balai polis di hulu selangor. selesai semuanya dan dalam perjalanan pulang tiba2 saya terfikir banyak betoi tempat nama sentosa saya pergi sejak akhir2 ni antaranya

1. taman sentosa, johor bharu - saya pernah buat kajian lalu lintas kat depan taman ni. banyak betoi kenderaan. semua laju2 sebab jalan kat situ lurus. dapat plak lori besar lalu depan saya rasa nak terbang pun ada.

2. pulau sentosa, singapura - saya bukan pergi jalan2 tau kat sini. saya pergi buat kerja. saya pergi ke sini dalam akhir bulan 3 tahun 07. tapi sempat jugaklah berpusing2 serta berjalan2 di seluruh kawasan ni. abeh rumah2 gated kat situ kitaorg terjah maklumlah masuk ngan property managernya. kagum betoi saya. laut diorang bleh tambak jadik pulau. pastu design konsep sket punya kreatif. slute mr. guljit!!

3. taman sri sentosa, jalan klang lama, KL - rumah seorang rakan. baru pergi hari minggu lepas. berpusing2 saya sebelum jumpa rumah dia. lebih sejam baru sampai. patutnya masuk simpang lain termasuk simpang lain. sesat beb! hari kedua saya pegi setengah jam je dah jumpa. lawak2..

4. balai polis bukit sentosa, hulu selangor - baru beberapa minit lalu saya balik dari sini. pergi membetulkan laporan polis bagi kes saya. balik dari balai polis inilah saya terfikir yang saya sudah pergi beberapa tempat yang namanya sentosa. first time masuk balai polis. selalu tengok dalam tv je. kakak polis tu cam tak berapa peramah la. nasib baik tak sombong. kalau tak nak ngadu kat kosmo dah. huhu..

sekian cerita saya tentang sentosa. dulu masa sekolah guna perkataan sentosa untuk karangan je. contohnya penduduk kampung hidup aman dan sentosa. bila dah besar ni jumpa plak tempat2 bernama sentosa. sentosa or tak tempat tu tak tau plak saya. hehe..

Monday, March 3

Kursus

Hari sabtu dan ahad aritu saya pergi berkursus. syoik jugak daripada tak buat apa2 kat umah. sesat larat saya mencari tempatnya. sejam lebih baru saya jumpa tempatnya. patah semangat dah. ingat nak balik je. nasib baik ada yang beri semangat. akhirnya saya jumpa tempatnya.

kursus tu 13 jam dengan 11 kertas. kebanyakkannya tidak membuatkan saya mengantuk. hebat jugak saya. niat baik agaknya. tuhan tu tolong lah. huhu..banyak gak ilmu saya dapat. kebanyakkannya saya dah tau sebab semuanya basic2 saja. kira macam ulangkaji lah. seronok belajar benda yang kita dah tau kan.

contoh2 yang penceramah beri pula kebanyakkannya saya dah tahu kesudahan ceritanya. malah sudah boleh diagak akan dibuat contoh oleh mereka. oleh itu saya dahulu ketawa dari orang lain. hehe..itulah untungnya orang suka membaca macam ni saya kot. kekadang tu rasa benda tu sudah terlalu lama bagi saya rupa2nya masih ada orang tidak tahu. rasa kesian pulak. huhu..

Nota Tangan Kanan : Apabila dapat sijil kursus nanti saya akan update semula kat sini k.
Lilypie Next Birthday Ticker