Tuesday, March 4

Serabut Perut

Suatu ketika memandu kereta adik. sudah sangat biasa dengan kereta tu sebab saya selalu memandunya. satu hari pulang ke kampung dengan seorang teman minyak pula habis. so mahu mengisi tangki. masuk ke stesen minyak. tetiba teman bersuara,

"tangki ko belah kanan lah"

"eh yeke? eh kiri lah..kete aku..aku tau la"

oleh kerana terkejut dan kelam kabut saya sudah berpusing2 di stesen minyak itu. akhirnya saya berhenti di belah kiri. saya jenguk ke cermin sisi.

"kan betul tangki aku belah kiri" balas saya lagi.

"a'ah betul lah" kata teman. "kalau tak mesti orang tu cakap kete ni kete pinjam" tambahnya.

oleh kerana kelam kabut masih tidak ilang ketika mahu membuka tangki saya terkial2 mencari buttonnya. tetiba2 saya terbuka bonet! secara automatiknya teman terus bersuara,

"hah! memang betul lah ko bawak kete pinjam, button bonet ngan tangki pun tak tau yang mana satu" tambah teman sambil ketawa.

chait!

1 comment:

Anonymous said...

See Here or Here

Lilypie Next Birthday Ticker