Tuesday, August 14

Kejadian 13 Ogos 2007

Dah lama saya tidak menulis di sini. Sejak mendapat pengarah baru saya jadik terlalu sibuk. Maklumlah pengarah baru. Masih fresh. Semua hendak dilaksanakan cepat. Malam tadi saya terpaksa membawa kerja pulang ke rumah. Semalam tepat pukul 5 petang en. Pengarah telah memanggil saya berjumpa dengannya. Apabila saya sampai ke hadapannya dia menyatakan menteri mahu berjumpa dengannya esok. Mahu tidak mahu saya terpaksa mengikutnya esok. Dia juga berpesan agar saya menyiapkan satu format taklimat berkenaan kertas kerja yang saya hantar kepada menteri awal bulan Mei lepas. Kesian saya kepadanya. Baru masuk seminggu sudah menteri panggil untuk brief kan satu benda baru. Dia hanya minta saya standby. Katanya dia akan minta tangguh kepada SUSK menteri sehingga bos lama saya dahulu pulang dari umrah. Agak lama dan saya rasa tidak sesenang itu mendapat tarikh baru dari menteri. Katanya dia harus cuba minta tangguh namun jika tidak boleh "terpaksalah saya hulur tengkuk saya juga" katanya. Saya hanya mengiyakan. Dia pengarah baru saya sekarang. Mahu tidak mahu dia perlu memikul beban itu jika terpaksa.

Pagi semalam saya mendapat satu sms dari sahabat baik saya, katanya

"Al-fatihah utk arwah mak dan ayah saya yang meninggal dunia pg td"

Terkejut saya. Dua tiga kali juga saya baca sms itu. Jika meninggal seorang saya tidak pelik sangat sebab setahu saya ayah sahabat saya itu memang tidak berapa sihat. Ini kedua-dua ini. Mesti ada something wrong. Terus saya menalifon sahabat saya itu. Apabila telefon diangkat bunyi tangisan yang saya dengar dahulu. Tanpa membuang masa saya terus bertanya. Katanya ibu dan bapanya meninggal akibat kemalangan. Dia sekarang di Hospital Taiping untuk menuntut jenazah. Itu sahaja kenyataan dari sahabat saya itu. Saya juga tidak sampai hati hendak bertanya terlalu banyak memandangkan kesedihannya. Saya hanya mintanya bersabar sahaja dan redha dengan pemergian allahyarham ibu dan bapanya. Dia minta saya hebahkan berita itu kepada sahabat2 saya yang lain. Ya telah saya tunaikan. Seperti saya semuanya terkejut.

Saya cuba menalifon seorang sahabat yang bekerja satu pejabat dengan sahabat yang baru kehilangan ibu dan bapa itu. Barulah saya mendapat gambaran sebenar. Ibu dan bapanya kemalangan dengan bas. Dalam perjalanan ke rumah salah seorang anaknya iaitu abang kepada sahabat saya itu di kedah. Hampir 20 orang terbunuh akibat kemalangan bas tersebut.

Malam semalam saya sembahyang magrib awal semata-mata untuk menonton berita di televisyen. Benar kemalangan itu menjadi berita utama semua channel televisyen. Kemalangan terburuk yang pernah terjadi di Malaysia selepas kejadian di Baling dan Merapoh, Kuala Lipis. Kemalangan itu terjadi di Lebuhraya Utara Selatan berdekatan Bukit Gantang Taiping. Seramai 19 orang mati di tempat kejadian dan seorang mati di hospital. Polis telah mengeluarkan senarai mangsa yang terkorban. Salah seorangnya adalah bapa kepada sahabat saya itu. Mayat ibunya belum dkenalpasti polis kerana tiada pengenalan diri. Mesti dia sangat sedih saat ini kan. Saya doakan dia tabah menghadapi. Katanya pada saya pagi semalam dia redha dengan ketentuanNya.

Mata saya sakit. mungkin kerana terlalu lama mengadap komputer hari ini. Sudah saya letakkan pelembab mata tetapi masih letih. Selalu apabila saya menitiskan pelembab mata pasti keletihan itu hilang. Tetapi hari ini tidak. Itu isyaratnya saya patut berhenti di sini. Daaa..~
berita penuh kejadian :

1 comment:

Mala Kipli said...

Takziah kpd keluarga kawan ko. aku pun turut sedih

Lilypie Next Birthday Ticker