Thursday, August 23

Pening-pening lalat

selamat datang ke opis. dah 5 hari saya bercuti. cuti saya selama 5 hari ini hanya duduk di dalam kereta. rasa macam hendak pengsan rasanya. ke sana ke mari berjalan. bermula jumaat 17 aug selepas pulang dari opis terus bertolak ke tanjung malim rumah pak tua saya. bermalam di situ. pagi2 18 aug kami bertolak ke sg. besar untuk menghadiri majlis perkahwinan sepupu saya. habis majlis kenduri dalam pukul 2 petang kami bertolak pulang ke teluk intan. kata mak ingin mengunjungi angah saya kerana alang2 sudah berjalan. semasa memandu saya rasa sangat mengantuk tapi saya gagah juga memandu. emak, ayah dan adik saya sudah lama lena. sampai di rumah angah dalam pukul 3.30 petang. sesat larat juga kerana saya tidak tahu jalan. jangankan saya yang jarang2 balik ini, emak saya juga langsung tidak ingat jalan untuk pulang ke kampungnya!!

petang itu dalam leka2 berbual saya tersengguk juga. mengantuk dan penat sangat. tapi hendak tidur rasa tidak manis pula. anak2 angah saya semua pulang kecuali yang no. 2. kata kak ijan mereka mahu membuat kenduri arwah emak mereka keesokan harinya. oleh itu saya berjumpa dengan semua anak2 angah saya. 2 orang daripadanya paling akhir saya jumpa masa opah saya meninggal tahun 1986 dahulu. sudah dekat 20 tahun kami tidak bertemu. kak liza anak bongsu angah saya masih tidak berubah rupanya. rasanya kalau saya berselisih bahu dengannya pasti saya dapat mengenalinya lagi. sudah ada 2 anak rupanya kakak saya sorang itu. yang paling best rupanya dia juga bekerja di putrajaya. sudah dekat 2 tahun saya di putrajaya, langsung saya tak pernah bertembung dengannya. abang pai, abang sepupu saya yang sorang ini sudah jauh berubah. rasanya kalau tidak kerana berjumpa di rumah angah saya pasti saya tidak mengenalinya. abang sepupu saya yang sorang ini duda. kata mak sudah setahun lebih dia bercerai. semasa berbual dengannya mahu juga saya bertanya. tapi takut dia terasa hati pula. mungkin lain kali saya boleh bertanya.

pagi 19hb aug kami bertolak pulang ke putrajaya. sampai di rumah saya pukul 12.30 tengahari. selepas makan tengahari kami bertolak pulang ke pahang. adik saya yang bongsu memandu kerana saya sudah letih benar. sampai di pahang pukul 5.30 petang. kami singgah di pasar malam padang piol. saya bercuti 20hb itu kerana hendak menemankan emak ke hospital. pagi 20hb kami ke hospital agak lama juga menunggu. balik dari hospital kami singgah pula di rumah mak cik di jengka 15. sepatutnya saya hanya bercuti hari isnin sahaja. oleh kerana doktor mahu berjumpa hari rabu jadi saya teruskan cuti sampai rabu kerana hari rabu saya memang bercuti. so saya hanya mintak cuti hari selasa sahaja. semalam saya balik menaiki bas. fobia saya dengan bas express ni. tapi terpaksa juga. dalam terpaksa2 itu saya sempat juga tertidur. sudah 5 hari badan saya dilambung2 dengan kereta. penat!

hari ini saya masuk opis kepala jadi pening2 lalat. nak buat apa pun tak tau. pagi2 lagi ms. ivy dari segar apartment sudah menalifon saya. kata hajar semasa saya bercuti selalu sangat dia mencari saya. nasib baik hari ini bos saya tidak ada. kata yani dia ke perlis. ada meeting sampai esok. so saya boleh layan pening lalat saya ni hari ini.

No comments:

Lilypie Next Birthday Ticker