Pada 16 - 19 okt aritu saya dan 27 orang kakitangan jabatan termasuk kakitangan negeri telah diarahkan pergi ke satu kursus di nur lembah pangsun eco resort hulu langat. saya memula maleh nak pi. aktiviti outdoor ni saya maleh sket. maleh nak meletihkan badan. lagi2 bila dah berumur ni tak larat dah nak buat keje memanjat, bergayut n berlari ni. lagi satu kursus ini bertembung plak ngan satu lagi kursus kat instun. bertembung satu hari. kursus instun 14 - 16hb okt. kalau saya pi dedua maunya pengsan. 16hb pagi balik instun, ptg terus nak berkejar ke pangsun plak. so kena aa decide salah satu kan. tapi kalau bleh tak pi dedua saya lagi suka. haha.. penat aa pi kursus.
Kitaorg bertolak naik bas dari jabatan ke pangsun. sampai dalam kul 4.00 ptg. aktiviti mula malam. so ptg2 aritu adalah aktiviti tido aa nampaknya. lepas makan malam aktiviti bermula. ada 3 org trainer yang akan kendalikan kursus kitaorg. diorang dari imteq solution sdn. bhd. iaitu En. Yusof, En. Rosdi n Cik Anis.
Kitaorg diminta melukis gambar muka sendiri sebelum perkenalkan diri. beriyer2 ni kitaorg melukis gambar muka sendiri. pastu suh kawan2 komen lukisan kita.
Pas tu kena kenalkan diri pada semua peserta. kena bawak sekali lukisan yang kita lukis sendiri. rata2 peserta saya kenal dan saling mengenali. maklum aa satu jabatan. tapi w/pun kenal ada gak yang tak penah tegur. tapi saya tak baper kenal kakitangan jabatan kat negeri. so masa ni aa nak kenal2.
Kitaorg dibahagikan kepada 4 kumpulan. oleh kerana kitaorg 28 orang semua. so satu kumpulan ada 7 org.
Ahli kumpulan saya dari kiri ira (perak), ganesh (HQ), ashraf (johor), azri (pahang), timot (HQ), saya (HQ) n maria (johor). walaupun ada yang tak penah kenal sebelum ni. kitaorg dapat bekerjasama dengan baik.
Dalam kul 12.00 gak baru abeh aktiviti malam tu. balik tido. kena simpan tenaga untuk aktiviti esok. takutnya nak buat aktiviti outdoor esok.
bersambung..
No comments:
Post a Comment