Friday, November 7

Part IV - Team Building Pangsun

Hari terakhir! sudah mau berakhir penderitaan ni. huhu.. biasa aa kan. kena dera memang aa penderitaan. tapi bila ingat balik dia jadik kenangan paling manis dalam hidup tau. kita jarang dapat peluang lagi nak buat semua ni lepas ni. caya lah. Hari last ni cam biasa mula dengan senaman pagi. lepas sarapan aktiviti paling tough dalam kursus ni bermula. nama aktiviti ni aktiviti pipe tower. memang mencabar mental dan fizikal.

Kitaorg kena sambung pipe2 tu untuk jadikkan tower JKPTG. trainer sediakan 20 batang pipe ngan sambungan serta 2 gulung tali rafia. pipe kena tegakkan dan hanya dipegang dengan tali untuk tegakkan. en. yusof cakap tower paling tinggi penah naik 19 batang. nampak cam senang je memula. tapi bila dah buat rasa nak pengsan je.

Memula kita dengar penerangan dari trainer dulu cam ner nak buat benda ni. lepas telinga disumbat dengan penerangan, kesusahan dan motivasi kitaorg pun mula aa buat. Kitaorg sepakat lantik khai sebagai project manager tower kitaorg ni.


kami diberi 3 kali percubaan. cubaan paling tinggi antara 3 tu akan dikira. pagi tu masa pegang ok lagi. bila matahari dah atas kepala memang rasa terbakar. lelagi saya yang kena pegang tali betoi2 kena tang matahari naik. wah! retung dah ni.

Mak nak balik..!! panas nyer menyucuk2 muka. sib baik aa midi nak tolong sambung pegang. kalau tak sure rentung aa jawabnya. sebagai balasan saya carikkan daun pisang untuk dia tutup kepala. lindung dari panas. hehe..

2 orang paling penting dalam pembinaan tower. grif ngan zura. diorang yang masukkan satu2 pipe tu dengan arahan khai.


Dua kali percubaan tumbang. dapat naik 16 batang je. susahnya nak buat benda alah ni. cabaran paling besar adalah panas. kalau buat dalam aircond bleh naik 20 batang kot. haha..biasa aa bila dah panas2 ni. masing2 menjerit2 je. panaskan.

Untuk kali terakhirnya kitaorg bincang dulu sama2 cam ner nak buat. khai the project manager tengah kasi taklimat untuk menegakkan tower kali ke 3. masing2 tak larat dah sebenarnya. bak kata cik yusof ingatkan semua dah give up. rupanya bila khai tanya nak buat lagi ke tak semua dengan semangatnya jawab nak..!! huh! bergegar stadium tu.


Setelah bersungguh2 dan diberi motivasi oleh en. yusof yang bejanji akan kasi RM200.00 kalau kitaorg dapat naikkan 20 batang. tegak gak la. cantik kan tower kitaorg. tegak je. tu tak der org kacau. en yusof ngan en rosdi tengok je. dia cakap akan kacau kalau kitaorg dapat naikkan 18 batang.

Bila dah naik 18 batang en. yusof panas punggung. dia pi kacau kitaorg (en. yusof baju biru). menjerit2 suh tarik. biasa aa psikologi. suara khai plak dah tak dengar. tenggelam ngan suara en yusof. akhirnya tower jkptg runtuh dengan 18 batang. oklah kan. kira kategori elite aa tu. en yusof cakap yang naik 17 & 18 batang ada 7 group je. so kitaorg jadik yang ke 8. bangga aa gak.

Paling berharga adalah semangat kerjasama antara kitaorg yang membolehkan tower tu naik sampai 18 batang. memula memang rasa yang ado je. susah nak naikkan benda alah ni. tapi atas semangat berpasukan yang tinggi kitaorg bleh buat. tak sangka! balik tu semua sun burn..uwaaa.. dah tak cantik..hehe..

Lepas berpenat2 dan berpeluh2 aktiviti terakhir adalah penyampaian hadiah, cenderamata ngan sijil kat dalam dewan. nikmatnya duk dalam dewan. sejuk je. ada aircorn. huhu.. majlis dimulakan dengan ucapan dari wakil tetiap kumpulan. pastu ucapan urusetia jkptg n wakil trainer. pastu kasi sijil n cenderamata kat semua peserta.

Saya dapat sijil dari imteq solution n mug dari nur lembah pangsun eco resort. TQ en. yusof!

Cam biasa sesi bertukar2 cenderamata antara imteq ngan jkptg. cenderamata diberi oleh midi sebab dia penghulu kitaorg sepanjang kursus.


Sesi bergambar gambaran bermula. semoga kita jumpa lagi ek all. kenangan kat pangsun ni adalah antara kenangan manis dalam hidup saya. TQ so much pada En. yusof n team imteq. kursus ni memang membina dan sangat berfaedah kepada kitaorg. TQVM imteq!

No comments:

Lilypie Next Birthday Ticker