Rupanya sedar tak sedar arini dah 8 safar 1430 hijrah. safar bulan kedua hijrah tau. mula muharam n akhir dengan zulhijjah. naper tetiba citer pasal bulan safar ni? dalam bulan safar ni saya akan sambut satu lagi hari jadi. dalam bulan islam saya lahir 21 safar. sama ngan tahun masehi saya lahir 21hb gak iaitu 21 jan. agaknya 21 tu no. bertuah saya kot. huhu..tahun ni 21 safar adalah 17 februari 2009. ada beberapa hari lagi je lagi. mak cakap 21 safar tahun ni umur saya cukup 31 tahun. sudah tua maa..
Oleh kerana 1 muharam (tahun baru islam), 1 jan (tahun baru masehi) ngan 21 jan (birthday saya) aritu saya tak berazam apa2 cam orang lain so saya nak letakkan azam saya sempena 21 safar nanti. sebenarnya saya ni tak penah berazam apa2 pun. ikut je apa yang ditakdirkan. boleh gitu. haha.. pasrah lah konon. tak der aa. ada aa berazam. tapi niat dalam hati je. tak der aa nak war2 kan. kali ni sempena birthday ke 30 (tahun masehi) n 31 (tahun hijrah) buat aa kelainan sket kan. ni antara azam2 yang entah boleh capai ke tak. harap2 capai lah ek.
1. Saya nak jadik yang baik2 je tahun ni. carik keje yang lagi baik, jadik anak yang baik, kawan yang baik, kakak yang baik, dapat jodoh yang baik n semua baik la. dan paling penting baik pada diri sendiri, lebihkan diri sendiri dari orang lain. huhu.. ni cam dah pentingkan diri sendiri plak. harap jugak dapat buat semua perkara2 baik lain seperti solat di awal waktu, bayar zakat pendapatan n zakat simpanan (mak dah bising2.. tak larat nak dengar), buat korban raya haji tahun ni, nak belajo ngaji kasi lancar dan pandai lagi.
2. Saya gak berazam nak beli kete tahun ni. eh tahun ni ke? bukan tahun depan? lebih kurang aa tu. mak kata beli kete yang biasa2 je. setakat senang nak pi keje balik keje n balik kg je. tak payah aa nak riak2. cukup sekadar keperluan. so untuk menjadi anak yang baik pada ibu bapa saya kena ikut cakap mak beli kete sekadar keperluan n kemampuan sajer. tak der aa kete2 besar all..huhu..
3. Saya jugak berazam habis habisan untuk menyimpan uwang tahun ni. sonok tengok uwang makin bertambah2 dalam bank itu. kena kumpul sekali ganda dari yang ada tahun ini coz uwang yang ada sekarang akan digunakan untuk down payment kete pada tahun hadapan. berazam nak bayar kete bulan2 ciput. huhu..
4. Saya berazam nak beli laptop tahun ni. nak beli kaler pink. huhu.. masa birthday (21 jan) saya mintak kat semua orang, semua tak moh kasik. so saya berazam nak beli sendiri. kena kumpul duit banyak2 cam ni. kalau dah beli laptop perlu lah ada broadband nya kan. abeh aa saya idup di dunia maya je pas ni. huhu..
5. Paling penting saya berazam mau kawen tahun ni. sapa2 mau kawen ngan saya? beratur ek.. isi borang dulu. syarat tak banyak n senang je. kena jaga solat, ada keje tetap, baik, cerdik n terima saya n family saya seadanya. ada yang berminat? email crisda79@yahoo.com. huhu..
2 comments:
wahhh azam kelima tu tak tahan....apa kata kak ieja buat link untuk borang permohonan skali, mintak gambar penuh saiz 4r hahaha
tak yah aa saiz 4R, saiz pasport cukup, yang penting ensem, badan tak penting. huhu..
Post a Comment