Saturday, January 16

Cik Wawa Tunang

Siang tadi pi majlis tunang wawa kat banting. wawa ni kawan sekolah ina. saya kenal pun sebab ina kenalkan. sebab kenal adalah dia mau ikut kitaorg bercuti di bali 2 tahun lepas. saya ni susah sket nak masuk ngan org yang baru kenal ni. tapi bila ina beriyer2 cakap kawan dia mau ikut so ikutkan je la. lagipun pi bercuti 2 org je tak best plak kan. kami sama2 survey kat MATTA fair untuk cari tempat percutian yang kitaorg nak pi. tapi malang sungguh wawa tak dapat pi bali tu sebab otot kaki dia putus masa men badminton lebih kurang sebulan sebelum kitaorg bertolak ke bali. memang bukan rezeki dia nak bercuti ngan kitorg.

Lepas tak jadik pi bali tu kebetulan saya ngan ina nak ikut dia pi kursus kawen kat UM. malang gak jadik ina plak tak bleh ikut coz mak dia accident sehari sebelum kursus kawen tu diadakan. nak tak nak saya terpaksa aa ikut sorang. oleh kerana saya selalu sangat bersama wawa ni, lepas2 tu kitaorg mula rapat. bercerita apa je. selalu kami chatting kat YM je. wawa ni doktor haiwan. dia la selalu kasi khidmat nasihat pada saya untuk cik mimi. hehe..

Wawa ngan anak sedara dia. cantik wawa pakai pink. i like!

Sorry aa gambar tak cantek. maklum ambek gambar pakai hp murah. huhu.. anyway selamat bertunang my preng. semoga kekal hingga ke jinjang pelamin. amin..





p/s : sebagaimana ko selalu doakan aku wa.. cam tu jugak aku selalu doakan ko. semoga ko bahagia selamanya ngan kemal. amin sekali lagi. ;p

2 comments:

azurawali said...

Tq jah,
Sweet and precise ko punya entry
terharu aku terpilih jadi tajuk entry ko
semoga kebahagiaan akan menemani kita selamanya
sama2 lah berdoa
thanks tau ko, ina, y n manis sudi dtg kenduri aku
seronot gue...hehehehehe

SUHAIDA said...

salam berkenalan
suhaidasupalio.blogspot.com

Lilypie Next Birthday Ticker