Wednesday, April 28

Karipap

Malam tadi payah betoi nak tido. tah naper. nak kata paneh tak pun. malam tadi sejuk wooo.. saya tido pakai selimut. heaven betoi hahaha.. dah lama tak tido pakai selimut. maklum umah banyak dosa. panas semedang huhu.. dalam dok golek2 tu macam2 benda la pikir. lepas dekat sejam golek2 saya bangun bukak lampu n kira duit dalam tabung hehehe.. tadek keje betoi la. eh! dah banyak rupanya duit dalam tabung saya. tu belum campur yang kat opis. bleh aa setakat nak beli bedak kompek ngan moisturizer skin food saya huhu..

Minggu lepas seperti biasa lepas gaji balik kampung. lama gilo rasa tak balik kampung w/pun sebenarnya baru 3 minggu tak balik huhu.. sejak2 'menstruktur' kewangan sendiri ni jarang dapat balik kampung. saya target mau strukturkan semula kewangan sendiri sehingga akhir tahun ni. so sehingga akhir tahun ni saya hanya bleh balik kampung sebulan sekali je. nak balik banyak2 kali cam dedulu tak bleh dah. kena jimat2. kang kewangan dah mengalir cam sungai balik baru bleh enjoy lebih2 cam dedulu huhu..

Balik kampung jumpa ain. ain dah kuar spital. lepas 12 hari kena warded ain kuar jumaat 23hb tu. ain kena sejenis penyakit kulit cam tu la. kulit dia berkudis2, bernanah, berair bagai. sian dia. baru 3 tahun dah kena penyakit yang tak sepadan ngan umur. asyik nangis je. masa dia kena warded saya tak pi melawat pun. kata jimat. harus la tak dapat balik kan. itu pun dah balik kudis2 dia still tak baper nak baik lagi. kadang2 tengah2 main pun menjerit2 cakap gatal suh kakak2 dia ni garukan. sebelum balik putrajaya isnin aritu ain pesan "kakak nanti beli kek yer.." huhu.. demand kata adik saya ;p

No comments:

Lilypie Next Birthday Ticker