Thursday, November 4

Random

1. Ira jatuh lagi. astagfirullah.. ingatkan dah sihat. rupanya sakit lagi. jauh plak tu jatuh. kat langkawi. ada meeting kat sana. cyn cakap jatuh kat cafe. sib baik jatuh kat cafe. kalau jatuh sorang2 kat bilik.. nauzubillah.. mintak dijauhkan. opismate dia siap cakap dia penah jatuh masa kat opis. sakit apa ko ni ira. risau aku dengar. sat gi nak msg cyn tanya perkembangan. harap2 ira cepat sihat.

2. Dah masuk minggu ketiga kat kuantan saya still sesat lagi. adoi.. penat aa sesat2 ni. tadi tengahari konon2 pi ECM. pegi wah A+. beberapa minit sampai. balik.. sesat setengah jam iskk.. iskk.. sampai 2 3 kali lalu tempat yang sama. setakat ni jalan pi ngan balik keje je tak penah fail lagi. pegi tempat lain salah 1 pegi or balik mesti sesat. masih tak baper familiar ngan kuantan.

3. Cam tak caya je. tadi gi pos barang. oleh kerana pos opis tu kosong n tinggal saya sorang so saya buat keje giler. keje mendaftar diri sebagai pemilih. tak pasal2 dah daftar. eh daftar tak semestinya mengundi yer adik2 ;p. umur 31 daftar mungkin umur 41 baru ngundi kot hehehe.. tu kalau panjang umur la. kalau tak, takder aa merasa nak mengundi :)

4 comments:

Cheritera Kami said...

aku dah 2x ngundi kau..syok gak..hehehehehe...rasa puas hati dah jlnkan t/jwb

Ibu n Abah said...

Eija...
masih di kuantan?..
best jugak sekali2 tukar angin tapi menyesat-nyesatkan diri akan membuat kita yang hangin..... akak pun tak suka kalau jalan2 sesat-sesat...
tapi bila dah jumpa jalannya... rasa fun....
akak pernah pindah randah dari melaka, penang... route yang akak tau nak antar anak sekolah dan balik rumah... bila ubah nak pergi pasar.. berpeloh2 jugak memikirkan.. tapi cuba-cuba-cuba jugak... then.. semuanya jadi sejarah....

Iryd and Pitt's little diary said...

kak ira pengsan ke?skrg ok ke tak?risau plak dgr

crisda79 said...

wawa,

best ke ngundi?

akak,

a'ah masih di kuantan. tak tau aa sampai bila. saya penat kalau sesat kak. rasa maleh je nak gi. kalau dah memula kata sesat tu memang kompem sesat punya. tak banyak sikit hehe..

iryd,

a'ah ira pengsan lagi. aritu msg dia katanya dah ok. dia cakap kat cyn dia lupa makan ubat. pastu malam tu sibuk sopink dah aa piyed plak. sebab tu tumbang kot :)

Lilypie Next Birthday Ticker