Semalam tengah leka2 melihat ulangan lawak si Bang Bil di astro tiba2 HP saya berbunyi. seorang sahabat menelefon. agak jarang dia menelipon saya. tapi saya tau dia tak pernah lupakan saya. lepas bertanya khabar dan lokasi saya (kalau saya cakap di jb sure dia mengamuk sebab tak kasitau dia saya datang sana) dia berkata dengan nada seronok,
"aku nak kasitau ni, tapi sorry lah lambat kasitau"
"kasitau apa?" tanya saya. dalam hati sudah agak apa yang mahu dikatakannya.
"ko dah jadi makcik sekarang"
sambil senyum saya menyambung "yelah ko memang selalu lupa kat aku, bila?" tanya saya.
"sorry lah, banyak sangat benda sampai lupa nak kasitau ko"
"bila? laki ke pompuan?" serang saya padanya lagi
"2/3 ari tu, perempuan la" jawabnya
excited sangat sampai lupa nak ucap tahniah kat dia.
"apa namanya?" tanya saya
"Nur Qaseh.."
"Nur Qaseh? wah nama kelaz" jawab saya
dia hanya gelak2. sambungnya,
"kita tengok la dia jadi apa nanti"
"NurQaseh LeaZarra" katanya lagi
"huh! ada sambung lagi" kata saya terkejut
NurQaseh LeaZarra - Kredit 2 Wan's Wife Friendster
TQ wan coz ko ingat kat aku. saya tak sangka dapat penghargaan sampai cam ni dari seorang sahabat. dalam diam2 rupanya dia tak lupakan saya. bukan dia sorang kawan saya yang dapat anak. ramai. tapi saya jadik istimewa pada dia coz dia sendiri menelipon saya memberitahu berkenaan kehadiran anaknya itu. teman2 yang lain hanya menghantar sms jika mendapat anak.
semasa majlis perkahwinannya dulu juga dia tak lupakan saya. tengah sibuk2 bersiap sebagai pengantin dia masih ingat untuk menalipon saya bertanya di mana saya. katanya takut saya sesat. katanya juga dia mahu saya datang juga ke majlis nyer. melihatnya bersanding. meraikan hari bahagianya. pagi itu sebenarnya saya sudah berhajat tidak mahu datang w/pun hadiah perkahwinannya telah saya beli. tempat nya jauh. lagipun saya datang sorang. memandangkan dia telah menalipon pagi hari persandingannya itu saya rasa saya memang patut pergi. bukan terpaksa tetapi penghargaan dan meraikan hari bahagia seorang sahabat.
saya pergi seorang diri ke batu pahat. melihatnya bersanding. saya tiba tak sampai 5 minit pengantin pun sampai. sempat melihat dia berarak. masih sempat melambai tangan dan tersenyum kepada saya. sahabat..ko memang sempoi! yang paling buat saya rasa dihargai semasa saya datang mengucapkan tahniah kepadanya. spontan dia menarik tangan saya.
"TQ ija coz datang majlis aku, ko dah makan? pukul baper sampai? sesat tak? datang dengan sapa?" tanyanya bertalu2. terkedu saya.
saya hanya tersenyum "aku ok, kan dah selamat sampai ni, datang sorang la" jawab saya.
"anyway selamat pengantin baru tau, jaga isteri ko baik2" sambung saya.
"Inilah kawan baik abang" dia mengenalkan saya kepada isterinya sambil tangannya tidak lepas dari menggenggam tangan saya. saya membalas senyuman isterinya.
saya tau isterinya konfius. sebab dia tak pernah kenal saya.
"selamat pengantin baru" kata saya kepada isterinya pula. dia masih tersenyum.
saya pulang dengan lambaian dari wan.
"ko kawen jangan lupa jemput aku, aku nak tengok ko sanding" pesannya.
rupanya jalinan sahabat ni sangat istimewa daripada segalanya. saya agak terkilan kerana tidak dapat berjumpa dia sebelum dia berumahtangga. dia pernah menyuarakan mahu berjumpa saya sebelum dia berkahwin. katanya jika sudah berkahwin dia sudah terikat. saya faham tapi yang satu itu tidak dapat saya tunaikan. saya agak sibuk pada masa itu. maaf sahabat. saya terkilan kerana dia sanggup menunaikan permintaan saya untuk meraikan graduation saya. tapi saya tak dapat tunaikan permintaannya.
Pesannya "kalau datang jb ko kena tido rumah aku, wajib!"
Insyallah wan, saya cuba ke sana. TQ coz sudi jadik sahabat saya yang terbaik. aku tak kan lupa ko sampai bila2..
No comments:
Post a Comment