Saya rasa tak sihat 2 3 menjak ni. sakit ke saya ni? Emak sarankan saya berjumpa doktor. tapi hati saya kata tak perlu.
Kenapa?
Sebab saya rasa saya masih dalam kondisi yang agak baik (sihat pada saya adalah masih boleh berjalan dan otak masih boleh berfikir dengan baik).
Sebenarnya..
Saya takut bila doktor akan cakap saya berpenyakit. lepas itu saya diminta makan macam2 ubat. saya juga pasti diminta menjalani pelbagai rawatan.
Oleh itu..
Saya tidak akan berjumpa doktor. lebih baik saya tidak tahu apa2 berkenaan diri saya dari tuan doktor itu. kerana ini akan menakutkan saya kalau2 si tuan doktor bercakap yang bukan2 berkenaan diri saya.
Untuk orang seperti saya..
Daripada definisi sihat tadi kita tidak perlu susah2 berjumpa doktor. kita akan dikategorikan sakit apabila kita tidak boleh berjalan dan otak tidak dapat berfikir lagi. untuk kategori tu hanya orang2 sekeliling kita sahaja yang tahu bila kita sakit.
Prinsipnya..
Hanya orang lain yang akan membawa kita berjumpa doktor. kita tidak perlu susah2 untuk itu.
............
Paham ke? tak paham pun buat2 lah paham..
No comments:
Post a Comment