Monday, September 15

Memasak Dengan Cemerlang

Tarikh : 12 September 2008 (Jumaat)
Tempat : Rumahku Syurgaku.. haha..

Bubudak GACOS nak datang bukak puasa kat umah. beria2 ni suh saya masak. yelah saya masak la. tengahari tu pi aa jusco equine beli barang2 nak masak. beli kerang sebab nak buat rendang kerang. pastu beli beberapa jenis sayur untuk buat masak air. siap tepon mak tu tanya sayur apa yang sesuai kalau nak buat masak air.

Pukul 5.00 tepat je saya dah ada kat tepi punch card. nak balik cepat punya pasal ni. takut tak sempat nak masak je. buat rendang tu lama nak masak nya. nak kena kopek kulit dia lagi. sampai umah je terus rebus kerang. pasang api kuat2 supaya cepat masak. sementara tu potong2 bahan2 utk buat rendangnya. siap rebus kerang nak kopek plak. sumbing kuku saya sebab kopek kerang. haha.. nasib baik kuku panjang.

Siap2 blend semua bahan masuk semua dalam kuali. pasang api hah! lega siap dah satu masakan. tetiba saya tengok rendang tak mengelegak pun. padahal api sekuat mungkin dah pasang ni. huh! gas abeh. Memang dugaan betoi la nak masak petang tu. tengah dok terbongkok2 mengeluarkan gas cyn balik. terus suh dia beli gas. saya dah risau. dah kul 6.20 ni. rendang tak masak lagi. sayur pun tak masak lagi. sempat ke ni..iskk..

6.30 camtu cyn balik bawak gas. kelam kabut angkat gas sebab dah lambat. pasang api kuat giler ni sebab nak kasi cepat masak. dalam 20 minit dah siap. hehe..teknik baru masak rendang. pasang api kuat2 tapi penat aa mengacau. kalau tak nanti hangit plak rendang ku. cyn siap cakap sedap rendang tu nanti sebab susah nak buat. haha..

(gambar cilok dari blog iryd)

Siap masak rendang duk kelam kabut masak sayur plak. pastu buat air. argh! tak solat asar lagi. kasi betton kat cyn suh hidang. tak kan nak suh tetamu hidang plak kan. cyn menjalankan tugasnya dengan cemerlang. haha..

Kul 7.10 bebudak GACOS datang. bawak berbagai2 jenis kuih dan air. masuk lepak tak sampai 5 minit azan. saya makan kurma je pastu tak tahan panas. maklum aa buat keje kelam kabut. terus mandi n maghrib. siap solat je kuar dari bilik bebudak ni menjerit "tepukan untuk tukang masak kita!" haha.. terharu saya..


TQ lah sebab sudi datang berbuka puasa dengan saya kat umah yang tak sepertinya ni. lain kali kalau nak datang makan cakap la. saya bleh masakkan yang lain plak. i love cooking very much! lagi2 kalau org puji saya masak sedap. tapi saya tak penah masak tak sedap ok. cuma kadang2 termasin je. maklum aa bulan2 puasa ni. mana bleh nak rasa kan. cyn cakap saya nak kawen coz masak masin. so saya balas balik, dah puluh2 kali aku masak masin sampai arini tak kawen2 pun. haha..

4 comments:

Cuyek said...

aku tak rasa masin pun...rasa sedap jer, buktinye pinggan aku licin.. sayur air pun aku yg habiskan. next time masak lagi k, aku dtg mkn.

crisda79 said...

bukan semalam punya yang masin. sebelum2 ni punya ada gak aa aku masak masin. lain kali datang aa lagi. nanti aku masak utk ko lagi ek :)

Iryd and Pitt's little diary said...

sedap lo kat ija masak...nyum...nyum...nyum...especially kerang masak rendang...we want more...hahahaha...thank u kak ija..

crisda79 said...

TQ..TQ terharu gua.. sob.. sob.. huhu..

Lilypie Next Birthday Ticker