Tuesday, September 23

Semangat Raya

Raya tinggal lagi 7 hari lagi. entah naper saya langsung tak rasa semangat raya tahun ni. apa saya pikir? tak der pikir apa pun. nak kata bz keje pun tak der aa sangat. tapi persiapan raya bleh tahan gak. banyak gak beli biskut n baju raya. cam ner nak masukkan semangat raya dalam diri ni? saya rasa saya dah jadik orang tak berperasaan semula kot. sebab tu langsung tak der rasa apa2.

Nak bersesak2 pi param (baca : Pasar Ramadan) pun malas. tahun2 lepas nafsu membeli sangat mengujakan. tapi tahun ni saya bleh pusing param 2 kali tapi satu benda pun tak beli. semua makanan bagi saya tidak menarik. akhirnya saya masak je kat umah. senang citer. sendiri masak sendiri makan. tak sedap tak bleh komplen. Tu je lah benda yang paling mengujakan iaitu mencuba pelbagai resepi untuk buka puasa.

Bersesak2 di jalan TAR pun saya malas tahun ni. masa nak beli kain pasang untuk dibuat baju raya aritu saya bleh berjalan 2 kali dari wisma kimball sampai depan masjid india. tapi satu kain pun tak dapat. semua kain2 yang dipamerkan tak cantik pada mata saya. akhirnya saya ambek keputusan berjalan kali ketiga n ambek je kain yang ada depan mata. tak yah nak pilih2 lagi.

Saya rasa saya ada masalah mata lah. bukan masalah semangat raya. haha..

No comments:

Lilypie Next Birthday Ticker