

Jemputan patutnya mula lepas maghrib atau kul 8.00pm tapi pukul 6.30 cam tu tetamu dah start datang. maaf lah tak bleh makan lagi. coz makanan tak sedia sepenuhnya lagi. masing2 maleh nak balik umah. dari opis terus terjah je ke umah kitaorg.
Lepas2 tu dalam 8.00pm++ ramai yang datang. ada gak yang call sebab tak jumpa umah. sebenarnya majoriti bebudak opis tau umah kitaorg kat mana sebab ada yang dah penah pegi.
Dan yang paling lambat mai dodi ngan arif. datang ngan baju sukan plak tu. baru balik main futsal katanya. datang 2 orang je. mem2 nya tak bawak.
Ini lah ajer tetamu jemputan kitaorg. tak ramai pun. majoriti bebudak opis je semua. ada yang datang sorang n ada gak yang datang ngan pasangan n kawan2. oleh kerana saya 'mak pengantin' semalam tak banyak gambar saya pun semalam. duk bz ke hulu ke hilir melayan tetamu lah katakan. nasib baik tak der yang salam 'berisi' ngan saya. kalau ada memang saya mak pengantin aa semalam haha..
Malam tadi dalam kul 11.00pm pas semua orang balik saya ngan cyn bertungkus lumus mengemas. basuh pinggan mangkuk, kuali periuk semua. betulkan balik kedudukan meja. lap n sapu sampah semua. buang sampah semua dalam kul 12.00 settle. umah kemas balik cam tak der apa2 berlaku je. rehat2 jap 12.30am mandi. pas mandi terus tido. penat oo.. bak kata cyn, tahun depan kalau nak buat open house lagi kena ambek cuti aa nampaknya.
Kepada semua jemputan TQ la sebab korang rajin nak melayan saya yang tengah giler memasak ni. haha.. lain kali kalau saya buat jamuan jangan serik nak mai lagi ek.