Tuhan berikan sesuatu kepada kita. kita rasakan ianya bukan yang terbaik untuk kita. lalu kita abaikan. tetapi sebenarnya itulah yang terbaik pada kita. kita selalu salahkan Tuhan coz tak makbulkan doa kita tapi sebenarnya Tuhan telah makbulkan tetapi kita membuat keputusan mengikut hati sendiri. tidak mohon petunjuk dari Tuhan. akhirnya kita menyesal.
Satu artikel yang saya baca menceritakan berkenaan seorang hamba allah yang taat terlibat dengan banjir. banjir besar tau. air dah naik sampai paras dada. hamba allah berdoa agar dia selamat dan mohon perlindungan dari Tuhan. tiba2 datang sebuah bot untuk menyelamatkannya. katanya "pergilah korang bantu org lain, jangan risaukan aku, tuhan sentiasa bersama aku," kata hamba Allah dengan yakin. air makin naik dan akhirnya sampai ke bumbung rumah. hamba Allah masih berdoa kepada tuhan agar dia selamat dari banjir tersebut. bot yang sama masih datang untuk menyelamatkannya. seperti tadi dia menolak kerana percaya tuhan akan menyelamatkannya. Banjir semakin mengganas. hamba allah semakin tenggelam. ketika itu dia mula marahkan tuhan kerana tidak menyelamatkan nya. tiba2 terdengar suara menyatakan "aku dah antar 2 kali penyelamat kat ko, naper ko tolak? so pandai2 aa ko nak selamatkan diri pasni".
Moralnya doa yang kita mohon tak semestinya di makbulkan sebijik2 cam yang kita mintak. Tuhan makbulkan doa dgn pelbagai cara. kadang2 dia datang dengan cara yang kita langsung tak jangka. sebagai manusia yang dibekalkan akal pikiran kita diminta berfikir sebaik2nya. tak semestinya apa yang kita tak nak tu tak baik pada kita dan tak semestinya apa yang kita suka tu terbaik untuk kita. Tuhan cukup tau apa yang terbaik untuk umatnya dan tuhan juga tau kemampuan dan kelemahan umatnya. Tuhan tak kan kasi kita ujian kalau kita tak mampu harunginya. anggaplah ujian2 tersebut sebagai tanda Tuhan sayangkan kita.
.: aku rasa cam nak jadik penulis plak pas ni..huhu :.
No comments:
Post a Comment